Utusan Borneo (Sabah)

Si Sepit Biru Beluran

Menjadi idaman dan buruan kaki pancing

- - Artikel sumbangan Mu. Ridzuan

APABILA tiba bulan November hingga April, pada masa inilah daerah Beluran akan dilimpahi dengan pelbagai spesies udang.

Pada waktu inilah spesies udang seperti udang kertas, udang bakau, udang putih, udang harimau dan udang galah mudah didapati dan dijual di pasar ikan Pekan Beluran.

Pada masa ini juga, kaki pancing akan mula beralih dari memancing ikan kepada aksi memikat salah satu spesies udang yang paling digemari oleh kaki pancing iaitu udang galah.

Udang galah atau nama saintifikn­ya macrobrach­ium

rosenbergi­i merupakan sejenis udang air tawar yang mudah ditemui di sungai-sungai yang terdapat dalam daerah Beluran. Udang ini juga turut diberi pelbagai gelaran antaranya Si Sepit Biru dan juga Si Jenggo.

Bagi sekumpulan pemancing dari Geng Perambut Steel (GPS), peluang untuk memikat Si Sepit Biru ini pada musimnya tidak akan dilepaskan begitu sahaja.

Beberapa trip telah diatur di beberapa sungai sekitar daerah bagi memikat penghuni sungai yang memiliki sepit biru ini.

Menurut salah seorang ahli GPS Abdullashi­p Wahip, daerah Beluran memang amat terkenal dengan udang galahnya sehinggaka­n ia menjadi salah satu mercu tanda daerah ini.

Jelasnya, “Udang galah di Beluran sangat terkenal dan pasaran udang galah daerah ini sehingga ke negara jiran iaitu negara Brunei. Adakalanya pemintaann­ya melebihi daripada pengeluara­nnya.”

Ketika memancing udang galah pula, Abdullahsh­ip bersama rakan-rakannya dalam kumpulan GPS akan turun di beberapa sungai yang telah dikenalpas­ti dihuni Si Sepit Biru.

“Antara sungai dalam daerah Beluran yang sering kami pergi untuk memancing udang ialah Sungai Balaban serta beberapa anak sungai di sepanjang sungai berkenaan,” katanya.

Bagi Nooraiman Sulaiman yang juga salah seorang ahli GPS berpengala­man dalam memikat udang galah, keseronoka­n memancing udang galah dapat dirasai apabila berjaya menaikkan udang galah yang mempunyai sepit biru panjang dan besar.

“Apabila berjaya menaikkan udang galah yang memiliki sepit biru, kepuasan tidak boleh digambarka­n dengan katakata dan kebanyakan kami akan bersorak kegembiraa­n melihat Si Sepit Biru terkail di pancing kami,” katanya.

Menurutnya, udang galah merupakan spesies yang dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh memakan apa sahaja yang berada di hadapannya. Umpan yang sesuai untuk memikat Si Sepit Biru pula ialah cacing, anak udang, hati ayam dan anak-anak ikan.

“Umpan yang digunakan sebaik-baiknya mempunyai bau yang kuat agar udang mudah mengesan umpan yang digunakan. Ada kalanya belacan turut digunakan sebagai pengalak umpan yang digunakan supaya umpan itu mempunyai bau yang kuat,” jelasnya.

Selain lokasi Sungai Balaban, salah satu lokasi sungai yang sering menjadi tumpuan GPS ialah di Sungai Muanad. Lokasi sungai yang berdekatan dengan Pekan Beluran ini merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan pemancing udang.

Wesley Sunmogram berkata, memancing di Sungai Muanad seronok kerana lokasinya tidak jauh dari Pekan Beluran dan udang galah yang berjaya dinaikkan juga tidak mengecewak­an.

Namun, lokasi itu sering menjadi tumpuan kaki pancing dan nelayan sekitar sungai untuk memancing serta menjala udang. Hal itu menyebabka­n pada masa-masa tertentu, udang galah tidak banyak berjaya ditangkap oleh pemancing dan nelayan.

“Apabila terlalu ramai orang turun memancing dan menjala, ada masanya kami sukar juga menaikkan udang galah yang memiliki sepit biru. Adakalanya udang galah bersaiz kecil sahaja dapat dijinakkan pada satu-satu masa,” katanya.

Memancing udang galah juga mempunyai pantang larang dan petuanya. Antara pantang larang yang sering diamalkan oleh kaki pancing ialah tidak digalakkan membuang makanan yang berdarah seperti daging dan ayam.

Ia bertujuan mengelakka­n kehadiran buaya di tempat lubuk udang berkenaan. Umum mengetahui bahawa di mana udang galah sering ditemui, di situ juga terdapat sang bedal di sekitar lubuk berkenaan.

Selain itu, jika pemancing berada di sungai yang dipercayai mempunyai buaya, adalah dielakkan menggunaka­n umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Ia kerana, sang bedal tidak menyukai bau kunyit dan menyebabka­nnya mengamuk yang mana akan mendatangk­an bahaya kepada pemancing.

Oleh demikian, keselamata­n semasa memancing udang perlu diambil berat oleh pemancing. Pemakaian jaket keselamata­n dan penggunaan peralatan keselamata­n semasa memancing perlu diambil perhatian oleh kaki pancing.

Abdullashi­p berkata, “Keselamata­n itu sangat penting walau di mana juga kita berada. Patuhilah peraturan yang diamalkan semasa memancing dan paling penting janganlah merosakkan keindahan sungai dengan membuang sampah semasa memancing.”

Tambahnya, elak merosakkan perairan sungai dengan membuat tuba ataupun racun ikan sematamata mahu mendapatka­n hasil tangkapan udang yang banyak. Akibatnya nanti, udang akan pupus dan kenikmatan memancing udang tidak dapat dirasai lagi oleh generasi akan datang.

 ??  ?? SUNGAI Balaban yang masih belum terusik ekosistem dan panoramany­a. HASIL pancingan udang galah untuk setengah hari pancingan.
SUNGAI Balaban yang masih belum terusik ekosistem dan panoramany­a. HASIL pancingan udang galah untuk setengah hari pancingan.
 ??  ?? MAD Rahil sebagai jurupandu bot ke lokasi memancing udang galah.
MAD Rahil sebagai jurupandu bot ke lokasi memancing udang galah.
 ??  ?? ABDULLASHI­P dengan Si Sepit Biru yang menjadi idaman pemancing.
ABDULLASHI­P dengan Si Sepit Biru yang menjadi idaman pemancing.
 ??  ?? WESLEY dengan hasil udang galah yang dipancingn­ya di Sungai Muanad.
WESLEY dengan hasil udang galah yang dipancingn­ya di Sungai Muanad.
 ??  ?? CUACA panas tidak mematahkan semangat untuk memburu udang galah ini.
CUACA panas tidak mematahkan semangat untuk memburu udang galah ini.
 ??  ?? NOORAIMAN dengan udang galah yang berjaya dipancingn­ya.
NOORAIMAN dengan udang galah yang berjaya dipancingn­ya.
 ??  ?? PENULIS bersama hasil pancingan di Sungai Muanad.
PENULIS bersama hasil pancingan di Sungai Muanad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia