Utusan Borneo (Sabah)

Fasa pertama Pekan Baharu Ulu Dusun akan bermula

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

PEMBANTU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pembanguna­n Pekan Baharu Ulu Dusun di Wisma Perbandara­n, Sandakan pada Rabu.

Projek mewujudkan Pekan Baharu Ulu Dusun merupakan ilham Zakaria yang juga Adun Gum-Gum dan majlis pelancaran telah disempurna­kan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman pada 2 Oktober tahun lepas.

Pekan Baharu Ulu Dusun akan dibangunka­n secara berfasa di tapak seluas 59.9 ekar di Batu 32 Sandakan. Lokasi projek itu strategik memandangk­an ia terletak berhampira­n simpang utama yang menghubung­kan Kota Kinabalu dan kawasan lain pantai barat dengan Sandakan serta daerah seperti Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Fasa pertama dijangka akan mula dilaksanak­an dalam tempoh terdekat dan ia terdiri daripada pembinaan 43 unit rumah mampu beli oleh Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB), terminal bas, sebuah masjid dan beberapa kemudahan lain.

Menurut Zakaria, pembinaan Pekan Baharu Ulu Dusun merupakan satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional (BN) yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Segala projek pembanguna­n yang dirancang dan dilaksanak­an oleh kerajaan BN ini adalah demi kebaikan rakyat jelata di negeri ini,” katanya.

Turut hadir di mesyuarat itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, Setiausaha MPS Faridah Giau, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Gum-Gum Kamal M Said dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN GumGum Rosly Aziz.

 ??  ?? ZAKARIA (tengah) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pembanguna­n Pekan Baharu Ulu Dusun.
ZAKARIA (tengah) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pembanguna­n Pekan Baharu Ulu Dusun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia