Utusan Borneo (Sabah)

Membentuk sahsiah diri pelajar

Pelancaran program pemantapan sahsiah diri di SK Pekan Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pekan Ranau telah melancarka­n Program Kepolisan Komuniti, Amalan Guru Penyayang, MentorMent­ee Hati-Ke Hati serta Program Zoom Ke Kelas dan Zoom Ke Sekolah.

Kesemua program itu dilihat berupaya memupuk dan membina sahsiah diri murid sekaligus mengamalka­n budaya penyayang, saling menghargai serta saling menghormat­i satu sama lain dalam kalangan murid dan guru.

Ketua Polis Daerah DSP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam ucapannya ketika melancarka­n program itu berkata, adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak untuk membina sahsiah diri murid menerusi budaya positif seperti saling menghormat­i antara ibu bapa, murid dan guruguru bagi mewujudkan pelajar cemerlang dan tidak terlibat dengan gejala sosial yang boleh merosakkan kehidupan masa depan.

Beliau menegaskan ibu bapa bersama guru-guru menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mempunyai peranan penting mengawasi kegiatan murid termasuk kehadirann­ya ke sekolah serta mengulangk­aji pelajaran ketika berada di rumah.

“Pelajar mesti hadir ke sekolah dan tidak ponteng. Jaga disiplin dan elakkan jenayah seperti penyalahgu­naan dadah dan sebagainya.

“Saya juga menyaranka­n kepada ibu bapa agar memberi didikan agama kepada anak-anak sebagai benteng daripada terlibat dengan kes jenayah,” katanya.

Menurutnya, program Kepolisan Komuniti di peringkat sekolah akan diadakan secara berterusan untuk memantapka­n disiplin. Selain itu, taklimat keselamata­n serta motivasi kepada golongan pelajar dan masyarakat seluruhnya selaras dengan arahan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai tugas dan tanggungja­wab terhadap keselamata­n awam.

Sementara itu, Guru Penyelaras Program Ustazah Syumaimah Yahya berterima kasih kepada pihak IPD Ranau yang diketuai Farhan kerana sudi hadir bersama para pegawainya untuk membantu pihak sekolah menjayakan program itu.

“Program yang akan diadakan sekali setiap bulan bermula 1 Januari hingga Oktober tahun ini diharap dapat mewujudkan semangat kekeluarga­an yang kukuh dan membina keyakinan diri para pelajar hasil bimbingan serta sentuhan kasih daripada mentor yang setiasa mengambil berat akan kebajikan murid-murid,” katanya.

Beliau berkata, program itu melibatkan dua ceramah iaitu ‘Ponteng Satu Kerugian’ disampaika­n oleh beliau sendiri disusuli ceramah ‘Ponteng Mengundang Jenayah’ disampaika­n Pegawai Perhubunga­n Sekolah Sjn Mohd Nizam Mahali, disususli Ikrar Sifar Ponteng oleh murid-murid dan penyerahan watikah pelantikan mentor kepada Pembantu Guru Kelas Tahun 1 hingga 6.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Pekan Mostajah @Zunaidi Dullah, Penyelia Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) Pejabat Pendidikan Daerah Noonja Keh, Pengerusi PIBG SK Pekan Kasinin Basir, PK 1 Wisnah Awang, PK Kokum Mursidi Jaini dan PK HEM Jumiati Suparman.

 ??  ?? PARA tetamu jemputan, guru-guru dan murid merakam gambar kenangan bersama Farhan.
PARA tetamu jemputan, guru-guru dan murid merakam gambar kenangan bersama Farhan.
 ??  ?? GURU-guru bersama ratusan murid yang hadir.
GURU-guru bersama ratusan murid yang hadir.
 ??  ?? MOSTAJAH (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Farhan.
MOSTAJAH (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Farhan.
 ??  ?? FARHAN membincang­kan sesuatu dengan guru-guru SK Pekan Ranau.
FARHAN membincang­kan sesuatu dengan guru-guru SK Pekan Ranau.
 ??  ?? FARHAN menyerahka­n watikah pelantikan mentor kepada salah seorang Pembantu Guru Kelas.
FARHAN menyerahka­n watikah pelantikan mentor kepada salah seorang Pembantu Guru Kelas.
 ??  ?? SALAH seorang Pembantu Guru Kelas menerima watikah pelantikan mentor disampaika­n Farhan.
SALAH seorang Pembantu Guru Kelas menerima watikah pelantikan mentor disampaika­n Farhan.
 ??  ?? ANTARA murid Tahap Satu yang hadir.
ANTARA murid Tahap Satu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia