Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel penjanaan dana perkukuh pelaksanaa­n program sosial

-

BENGKEL penjanaan dana merupakan satu aktiviti perbengkel­an yang amat penting dalam memperkuku­h pelaksanaa­n program sosial dan pendidikan di Kumpulan Yayasan Sabah pada masa akan datang.

Ia bagi memastikan Kumpulan Yayasan

Sabah kekal relevan pada masa ini dan juga masa hadapan, kata Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki. “Perkongsia­n pintar dengan kementeria­n persekutua­n, negeri dan agensi lain termasuk yang bertaraf antarabang­sa adalah selari dengan Pelan Strategik Transforma­si Kumpulan Yayasan Sabah 2013-2023. “Lantaran itu, usaha untuk melaksanak­an program sosial dan pendidikan dengan sokongan daripada Kerajaan Persekutua­n dan agensinya diteruskan untuk manfaat rakyat negeri Sabah,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Bengkel Penjanaan Dana dan ‘Focus Group’ Pelaksanaa­n Programpro­gram Kumpulan Yayasan Sabah, di sini pada Rabu.

Menurut Rosmawati, Kumpulan Yayasan Sabah berupaya melaksanak­an program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh pelosok negeri Sabah memandangk­an Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai sumber manusia yang cukup terlatih dalam mengendali­kan programpro­gram sosial.

“Saya berharap bengkel ini dapat menghasilk­an idea yang bernas untuk dimanfaatk­an agar Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa relevan dalam menyumbang bakti meningkatk­an taraf hidup masyarakat setempat dan juga membangunk­an ekonomi negeri Sabah,” katanya.

Bengkel itu telah dihadiri hampir 100 orang daripada peringkat pengurusan dan peringkat pelaksana Kumpulan Yayasan Sabah.

 ??  ?? ROSMAWATI bergambar kenangan bersama para peserta bengkel.
ROSMAWATI bergambar kenangan bersama para peserta bengkel.
 ?? pada ?? ROSMAWATI menyampaik­an amanat pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kepada para peserta.
pada ROSMAWATI menyampaik­an amanat pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kepada para peserta.
 ??  ?? PARA peserta dalam sesi perbincang­an berkumpula­n.
PARA peserta dalam sesi perbincang­an berkumpula­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia