Utusan Borneo (Sabah)

Everrise Batu 4 rai pelanggan sempena TBC dengan promosi istimewa

-

KUCHING: Pasar raya Everrise di Batu 4, di sini kini mengadakan promosi Tahun Baharu Cina dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan untuk menyambut perayaan itu, termasuk pakaian.

Antara yang ditawarkan seperti hamper (penghantar­an percuma dengan pembelian RM500 ke atas, di dalam kawasan bandar), sayuran tempatan dan import, buahbuahan dan daging termasuk aneka pilihan snek, minuman serta banyak lagi.

Selain itu, pasar raya tersebut turut menjual pelbagai fesyen pakaian tradisi bagi menyambut Tahun Baharu Cina di aras atas premis pada harga berpatutan sama ada untuk wanita, lelaki mahupun kanak-kanak.

Bermula 2 Februari ini, dengan setiap pembelian RM50 ke atas dalam satu resit di seluruh cawangan Everrise, pelanggan juga akan diberikan sepeket (5 keping) Peket Angpau Tahun Baharu Cina secara percuma.

Selain itu, sejak 27 Januari lalu, Everrise( Padungan, B D C dan Batu 4) turut memberikan beg kertas Tahun Baharu Cina secara percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian RM100 ke atas dalam satu resit.

Dalam pada itu, dengan setiap pembelian bernilai RM88 ke atas dalam satu resit di seluruh cawangan Everrise, pelanggan juga layak untuk menyertai peraduan ‘Pilih Hadiah Anda Sendiri’.

Lima pemenang utama peraduan akan layak untuk membeli-belah di Everrise sehingga RM500 dalam satu resit, manakala lima pemenang kedua boleh membeli-belah bernilai RM250 dalam satu resit dan 10 pemenang ketiga turut berpeluang membelibel­ah sehingga RM150 dalam satu resit.

Pada 9 hingga 12 Februari ini, Everrise Padungan, BDC dan Batu 4 akan melanjutka­n waktu operasi sehingga jam 11 malam.

Manakala pada 15 Februari, Everrise Padungan, BDC, Batu 4, Batu Kawa dan Pending pula akan dibuka sehingga jam 10 malam.

Selain itu pada hari pertama Tahun Baharu Cina pula iaitu 16 Februari, Everrise BDC dan Batu 4 akan dibuka pada jam 12 tengah hari sehingga 9.30 malam sementara waktu operasi pada 17 Februari adalah dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

 ??  ?? PELBAGAI keperluan untuk menyambut Tahun Baharu Cina boleh didapati di Everrise.
PELBAGAI keperluan untuk menyambut Tahun Baharu Cina boleh didapati di Everrise.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia