Utusan Borneo (Sabah)

Bom era perang dimatikan di Hong Kong

Selepas ribuan penduduk dievakuasi, yang kedua ditemui dalam tempoh seminggu

-

HONG KONG: Sebiji bom zaman perang dimatikan di Hong Kong pada Khamis selepas sebuah daerah komersil dan jalan terpaksa ditutup, dan ribuan dikeluarka­n dari kedai, hotel dan pejabat sekitar.

Ia merupakan kali kedua dalam tempoh seminggu sebiji bom Amerika yang digugurkan pada waktu Perang Dunia Kedua dijumpai di sebuah tapak pembinaan tebing pelabuhan di daerah Wan Chai.

Polis menutup beberapa bahagian daerah berkenaan selepas seorang pekerja menjumpai alat itu pada pagi kelmarin, dan 4,000 orang dikeluarka­n dan khidmat feri di Victoria Harbour digantung sementara pakar pelupusan bom bekerja sepanjang malam.

“Operasi pelupusan bom adalah kotor, sukar dan berbahaya. Dalam kes yang khusus ini, ketigatiga­nya adalah benar,” kata pegawai pelupusan bom Jumaat, 2 Februari 2018 Alick McWhirter kepada pemberita.

Hujan, lokasi rumit dan mekanisme fius yang pasukan “malah tidak dapat lihat” semuanya menyulitka­n lagi cabaran, kata McWhirter.

Pakar memotong lubang besar menerusi kerangka untuk membakar bahan letupan di dalam sebelum sebuah kren mengangkat bom yang diliputi tanah keluar dari tapak tersebut.

Grenad dan bom zaman perang yang tidak meletup kerap dijumpai pejalan kaki dan pekerja pembinaan di bandar raya selatan China itu, yang menyaksika­n pertempura­n sengit antara tentera Jepun dengan tentera bersekutu Britain pada 1941.

Pada 2014 polis mematikan sebiji bom zaman perang hampir seberat satu tan, yang terbesar dijumpai setakat ini di bandar raya itu.

 ?? — Gambar AFP ?? PEKERJA binaan meletakkan bom zaman perang di atas tanah dari kren sehari selepas ia ditemui di tapak pembinaan tebing pelabuhan di Wan Chai, Hong Kong semalam.
— Gambar AFP PEKERJA binaan meletakkan bom zaman perang di atas tanah dari kren sehari selepas ia ditemui di tapak pembinaan tebing pelabuhan di Wan Chai, Hong Kong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia