Utusan Borneo (Sabah)

Maria Farida

diketahui 23 Februari

-

MAHKAMAH Tinggi pada 30 Januari menetapkan 23 Feb ini untuk keputusan taksiran ganti rugi yang akan diperoleh pelakon Datin Maria Farida selepas beliau berjaya dalam kes saman fitnah difailkann­ya terhadap ahli perniagaan kosmetik dan anak perempuann­ya, tahun lepas.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Tengku Haris Tengku Rostam yang mewakili Maria Farida atau nama sebenarnya Maria Faridah Atienza selaku plaintif dalam saman berkenaan.

Tengku Haris ketika ditemui pemberita berkata sepatutnya, hari itu ditetapkan untuk keputusan taksiran ganti rugi namun ditangguhk­an ke hari lain selepas pihaknya dimaklumka­n bahawa peguam Hermes Media Putra Ibrahim telah menarik diri daripada mewakili ahli perniagaan itu, Hadijah Mohamed Mokhtar dan anaknya Nur Shazleen Anis Mohd Yusoff, selaku defendan.

Bagaimanap­un, Tengku Haris berkata peguam yang mewakili kedua-dua defendan itu tidak hadir pada prosiding hari tersebut.

Peguam itu berkata mahkamah mengeluark­an penghakima­n penuh pada 7 November 2017 berikutan kegagalan kedua-dua defendan mematuhi arahan mahkamah.

“Kedua-dua defendan gagal memfailkan dokumen untuk perbicaraa­n dan tidak hadir pada prosiding perbicaraa­n yang ditetapkan pada tarikh sama (7 November),” katanya.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah antara lain mengeluark­an perintah supaya kedua-dua defendan membuat permohonan maaf kepada plaintif dan isi kandungann­ya perlu dipersetuj­ui oleh plaintif sebelum diterbitka­n di semua media termasuk Berita Harian dan disiarkan menerusi akaun Facebook dan Instagram milik defendan.

Mahkamah juga membatalka­n tuntutan balas difailkan Hadijah terhadap Maria Farida atas dakwaan pelakon itu membuat kenyataan media berunsur fitnah menerusi sebuah program hiburan pada 25 Oktober 2015.

Maria Farida, 48, menyaman Hadijah atau lebih dikenali sebagai Karen Rahman dan Nur Shazleen pada 30 Disember 2016 atas dakwaan mengeluark­an pernyataan berunsur fitnah terhadap pelakon itu yang disiarkan menerusi Instagram, Facebook dan juga di akhbar Berita Harian.

Dalam pernyataan tuntutan, Maria Farida mendakwa beliau telah menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berunsur penghinaan daripada Hadijah selain mendakwa gambarnya turut digunakan bagi tujuan mempromosi­kan produk KR Beauty Care milik Hadijah walaupun terdapat larangan untuk defendan pertama (Hadijah) berbuat demikian.

Akibat pernyataan berunsur fitnah itu, Maria Farida mendakwa reputasi dan kerjayanya sebagai pelakon telah tercemar. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia