Utusan Borneo (Sabah)

Hari pengampuna­n dilanjut sehari sehingga 5 petang ini

Sehingga jam 5 petang ini

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Hari Pengampuna­n bagi kupon dan letak kereta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan dilanjutka­n hari ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, hal ini bagi memberi peluang kepada orang awam yang tidak berkesempa­tan menyelesai­kan kompaun pada Jumaat (kelmarin).

“Saya melihat orang ramai terus membanjiri perkaranga­n bangunan DBKK bermula pagi hinggalah petang tanpa berkuranga­n.

“Maka, dengan persetujua­n Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ir.Edward Yong Oui Fah dan Lembaga Penasihat DBKK, kita lanjut hari pengampuna­n hingga Sabtu (hari ini) bermula jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena sambutan Ulang Tahun ke18 Bandaraya Kota Kinabalu dan perayaan Tahun Baharu Cina, di sini pada Jumaat.

Selain itu, Yeo mengingatk­an orang ramai supaua tidak menangguh masa pembayaran sehingga tahun depan disebabkan hari istimewa itu bukan diadakan pada setiap tahun.

“Hari pengampuna­n ini adalah paling istimewa iaitu sempena Tahun Baru Cina dan jangan menunggu tahun depan sebab sebarang kesalahan membabitka­n kompaun akan terus diambil tindakan mahkamah selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau berkata, berdasarka­n rekod yang diperoleh, hanya sebahagian daripada RM320,000 kompaun terkumpul sahaja dapat diselesaik­an sehingga petang kelmarin.

Katanya, jumlah itu adalah hasil kompaun yang terkumpul bermula dari 2008 sehingga kini.

“Hari pertama kita membuka kaunter bermula jam 7 pagi lagi sudah dipenuhi orang ramai yang mana sebahagian sahaja yang menyelesai­kan

“Hari pengampuna­n ini adalah paling istimewa iaitu sempena Tahun Baru Cina dan jangan menunggu tahun depan sebab sebarang kesalahan membabitka­n kompaun akan terus diambil tindakan mahkamah selepas ini.

jumlah kompaun terkumpul.

“Jadi, DBKK memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatka­n tandatanga­n dan cop dari pegawai kami dan seterusnya boleh membayar kompaun dalam tempoh satu minggu iaitu sehingga Jumaat depan,” katanya.

Orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun bagi setiap kesalahan berkaitan kupon dan letak kereta dengan hanya RM10 yang julung kali diadakan tahun ini.

Hari pengampuna­n Kompaun kupon dan letak kereta DBKK diadakan bersempena Ulang tahun ke18 DBKK bagi membantu mengurangk­an tunggakan kompaun dan membantu masyarakat yang mengalami masalah kewangan.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang Bertanggun­gjawab kepada DBKK Datuk Ir.Edward Yong Oui Fah, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra dan Pengerusi Puspanita Bandaraya Kota Kinabalu Datin Rohayah Pawzy.

DATUK YEO BOON HAI Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

 ??  ?? TETAMU kehormat yang hadir pada majlis berkenaan menyempurn­akan gimik perasmian sambutan Ulang Tahun ke-18 Bandaraya Kota Kinabalu dan Tahun Baru Cina.
TETAMU kehormat yang hadir pada majlis berkenaan menyempurn­akan gimik perasmian sambutan Ulang Tahun ke-18 Bandaraya Kota Kinabalu dan Tahun Baru Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia