Utusan Borneo (Sabah)

Sasar jualan RM300 juta, Fama laksana aktiviti keusahawan­an

Fama laksana aktiviti keusahawan­an tahun ini

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Sabah menyasarka­n jualan keseluruha­n RM300 juta melalui aktiviti keusahawan­an Fama pada tahun ini.

Pengarah Fama Sabah Ribin Wahid berkata sasaran berkenaan diharap mampu dicapai berikutan perkembang­an yang baik dalam industri asas tani di negeri ini.

Jika dilihat pada tahun lalu, Fama Sabah merekodkan jualan keseluruha­n bernilai RM 127 juta melalui program dan aktiviti keusahawan­an seperti Pasar Tani Fama, My Best Buy, Agrobazar serta kedai rakyat dibawah Fama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program My Best Buy

(MBB) di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Melalui penganjura­n program sebegini pada tahun lalu, Fama berjaya memperoleh jualan sebanyak RM200,000.

Mengenai perkembang­an usahawan Fama di Sabah, Ribin berkata Fama kini memberi fokus kepada usaha meningkatk­an penglibata­n agropreneu­r muda (40 tahun ke bawah) untuk menjadi usahawan asas tani.

Bagi menyokong usaha itu, kelab MyAgrosis diwujudkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi mendekatka­n pelajar IPT dengan industri asas tani yang boleh dijadikan bidang perniagaan.

“Fama ada menyediaka­n insentif dan dana pembiayaan untuk menggalakk­an golongan belia menceburi bidang perniagaan. Seperti perniagaan Food Truck yang menyediaka­n dana RM 20, 000 untuk usahawan yang berminat memulakan perniagaan.

“Bagaimanap­un, kelulusan pembiayaan itu bergantung kepada kertas kerja pemohon dan syarat yang ditetapkan Fama,” katanya.

Mengenai program MBB itu, beliau berkata, program MBB yang dilaksanak­an melalui kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini dilihat memberi sumbangan yang signifikan kepada peningkata­n jualan usahawan Fama.

Program MBB ini diadakan secara berkala di kompleks-kompleks kerajaan, institusi pengajian tinggi serta kawasan perumahan.

Katanya, usahawan terlibat dalam MBB mahupun Jimat Belanja Dapur (JBD) menawarkan barangan keperluan harian pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. Langkah sebegini diambil berikutan peningkata­n kos sara hidup pada masa kini.

Seramai 5,000 pengunjung dijangka hadir untuk membeli barangan keperluan harian melalui jualan My Best Buy di kompleks berkenaan.

Jika sambutan program MBB ini menggalakk­an,

Fama akan cuba mengadakan program ini sebulan sekali di kompleks kerajaan yang dikenalpas­ti.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pembanguna­n Usahawan Fama Mohd Shukri @ Doel Majalin berkata sebanyak 30 gerai termasuk usahawan tani terlibat dalam program MBB itu.

Selain barangan keperluan harian, buahbuahan tempatan seperti durian, manggis dan rambutan turut dijual. Sebanyak lebih lima tan buah-buahan disediakan untuk program berkenaan. Acara makan durian sehingga puas turut diadakan untuk pelanggan dengan bayaran RM30 setiap seorang.

 ??  ??
 ??  ?? SHUKRI menunjukka­n buah rambutan yang dijual pada harga RM 10 sebakul dalam Program My Best Buy berkenaan. RIBIN PENGUNJUNG yang datang kelihatan sibuk mengisi bakul masing-masing dengan buahbuahan yang digemari. SHUKRI mempromosi­kan durian berkualiti...
SHUKRI menunjukka­n buah rambutan yang dijual pada harga RM 10 sebakul dalam Program My Best Buy berkenaan. RIBIN PENGUNJUNG yang datang kelihatan sibuk mengisi bakul masing-masing dengan buahbuahan yang digemari. SHUKRI mempromosi­kan durian berkualiti...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia