Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman penjara, denda terhadap anggota Pemuda Panca Marga

-

TAWAU: Dua rakyat Indonesia dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat kerana menguruska­n pertubuhan haram, Pemuda Panca Marga (PPM) yang markasnya berpusat di Sulawesi Selatan Indonesia, pada 20 Jan lepas.

Aco Lolong, 52, dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus manakala Bahrum Makawali, 50, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohammad Faisal Che Saad.

Mahkamah turut memerintah­kan Aco dikenakan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda dan kedua-dua tertuduh perlu dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai tempoh hukuman masingmasi­ng.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Aco dan Bahrum menguruska­n PPM di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tass Andrassy, Batu 13, Ranggu di sini kirakira 4 petang pada 20 Jan lepas, dengan perbuatan itu adalah menyalahi undangunda­ng sekaligus melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966.

Dalam serbuan di sebuah rumah di kampung itu, pihak berkuasa menahan 15 individu termasuk tujuh wanita, dengan 11 daripada mereka memakai pakaian celorong ala tentera.

Berdasarka­n fakta kes, Aco dan Bahrum mengaku menjalanka­n tugas sebagai pelaksana PPM di Sabah dengan menjalanka­n serta menyebarka­n aktiviti pertubuhan dan merekrut anggota baharu dengan menerima sejumlah wang sebagi yuran pemprosesa­n bagi membuat kad keahlian dan pembelian pakaian celoreng untuk mereka.

Mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara 131 bulan terhadap Aco selepas dia mengaku bersalah bagi sembilan pertuduhan yang dibacakan berasingan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya dan mendorong lapan individu senegarany­a untuk menyerahka­n sejumlah wang tunai antara RM325 hingga RM2,000 kepadanya menerusi Bahrum Makawali bagi mendapatka­n kad keahlian PPM.

Mengikut kertas pertuduhan, dari Mac 2016 hingga 18 Jan 2018, Aco telah menawarkan kad keahlian PPM yang boleh digunakan sebagai kad pengenalan atau jaminan pemilik kad PPM daripada tindakan undangunda­ng Malaysia ketika berada di sebuah rumah di lokasi antara Batu 6, Kampung Tass Andrassy Batu 13 dan Kampung Balung River Batu 24.

Sementara itu, Ferhansha Farene menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Asis Dullah, 44, Mansur Pate,35, Husbi Abdullah,47 serta dua wanita Andi Nurjannah Ranggong, 44, dan Ernie Juddin, 41 mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 kerana menghadiri dan menganggot­ai PPM.

Bagi kesalahan sama, Mohammad Faisal menjatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM5,000 terhadap Ahmad Faizal Jamaluddin, 40, PT Ranggong PT Mappincara,60, serta dua wanita iaitu Ida Abu,45, dan Sanawiah Aco, 29.

Sekiranya gagal membayar denda, mereka boleh dipenjarak­an enam bulan.

Kesemua mereka perlu dirujukkan ke Jabatan Imigresen selesai menjalani tempoh hukuman.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia