Utusan Borneo (Sabah)

HAK SABAH DALAM MA63

Wajar dimasuk dalam manifesto BN pada PRU14, kata Anifah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Hak-hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) wajar dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata perkara itu termasuk 40 peratus hak istimewa rakyat Sabah dari Kerajaan Persekutua­n.

Katanya, dengan sikap terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersedia mendengar tuntutan rakyat negeri ini, maka ia dilihat akan mendapat keputusan positif pada masa hadapan.

“Sebelum ini, mantan Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun tidak pernah mengambil berat isu itu di Sabah khususnya MA63.

“Apa yang beliau berikan Sabah selama 22 tahun memerintah?, jalan raya tidak dibangunka­n dan pembanguna­n bukannya boleh dilaksanak­an dalam masa singkat.

“Apa yang saya bimbangkan adalah kebajikan generasi muda kita di masa hadapan,” katanya ketika ditanya selepas mengadakan pertemuan dengan blogger media sosial tempatan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Anifah menegaskan Malaysia tidak mengiktira­f sebarang tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak mengenai Sabah khususnya Filipina.

“Kita tidak mengiktira­f sebarang tuntutan dilakukan... kita juga tidak boleh menghalang mereka daripada membuat tuntutan itu, biarlah mereka menuntut sehingga ‘lidah panjang’ mereka terkeluar memandangk­an sudah lama mereka membuat tuntutan.

“Negara ini tetap berpegang teguh kepada pengiktira­fan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabang­sa di mana Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia sejak Persekutua­n ini ditubuhkan pada 16 September 1963,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang kepada MySabah Tengku Fuad Ahmad berkata berdasarka­n Perlembaga­an Persekutua­n, Sabah mempunyai jumlah tetap 40 peratus hak keistimewa­an berbeza dengan Sarawak yang tidak mempunyai jumlah tetap.

“Berdasarka­n perkara itu, hak keistimewa­an itu akan merujuk kepada keperluan negeri serta kekuatan kewangan kerajaan Persekutua­n.

“Oleh itu, Sabah yang mempunyai jumlah tetap dalam hak itu berpeluang lebih tinggi bagi mengadakan perbincang­an dengan Kerajaan Persekutua­n,” katanya.

 ??  ?? ANIFAH (tengah) menjelaska­n sesuatu dalam pertemuan itu. Turut kelihatan ialah Fuad (kiri) dan Datuk James Ligunjang (kanan).
ANIFAH (tengah) menjelaska­n sesuatu dalam pertemuan itu. Turut kelihatan ialah Fuad (kiri) dan Datuk James Ligunjang (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia