Utusan Borneo (Sabah)

Najib bayangkan PRU14 sebelum musim haji

- -Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan sebelum musim haji yang dijadual pada Julai depan.

Bercakap di hadapan 1,200 bakal haji pada majlis penyerahan surat tawaran haji Yayasan 1MDB di Masjid Putra di sini, Najib berkata langkah itu membolehka­n umat Islam negara ini dapat mengerjaka­n ibadah tersebut dalam keadaan tenang selepas menunaikan tanggungja­wab memilih kerajaan.

“Tuan-tuan dijadual berlepas pada 14 Julai, iaitu selepas Aidilfitri dan satu lagi ‘hari raya’.

“Maknanya, selepas keduadua raya ini, baru tuan-tuan berlepas ke Tanah Suci,” katanya dipercayai merujuk ‘hari raya’ kepada bila PRU14 akan diadakan.

Najib berkata dua ‘raya’ itu dibuat lebih awal daripada musim haji untuk membolehka­n bakal haji berlepas dengan tenang.

“Jadi, apabila di sana, berdoalah untuk kejayaan dan kesejahter­aan pada negara dalam usaha menjadikan Malaysia model negara Islam contoh,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 1,200 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) menerima surat tawaran haji, menjadikan jumlah keseluruha­n 6,911 pemimpin peringkat akar umbi mendapat tajaan dalam program cetusan idea Perdana Menteri sejak 2011.

Tarikh luput mandat kerajaan Persekutua­n diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia