Utusan Borneo (Sabah)

Penumpang rentung, pemandu cedera

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang penumpang wanita rentung, manakala pemandu kereta cedera setelah kenderaan dipandunya terbabas sendiri sebelum terbakar di Jalan Batu 9, Jalan Labuk awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata mangsa wanita berumur 28 tahun maut akibat tersepit di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit, manakala pemandu kereta lelaki berumur 30 tahun berjaya dikeluarka­n orang awam di tempat kejadian.

Beliau berkata kira-kira jam 5.30 pagi, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kemalangan berkenaan lalu menghantar sepasukan polis dari IPD Sandakan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba mendapati sebuah kenderaan jenis Mazda terbabas sendiri dan terbakar.

“Siasatan mendapati pemandu kereta bersama penumpang wanita berkenaan dalam perjalanan dari arah Batu 10 menghala ke Batu 8, Sandakan.

“Apabila sampai di bulatan Batu 9, keret ayang dipandu itu hilang kawalan lalu terlanggar bulatan dan terbabas sejauh lebih kurang 100 meter ke hadapan sebelum merempuh tiga tiang elektrik dan sebuah rumah kosong yang tidak berpenghun­i,” katanya.

Beliau berkata pemandu kereta berjaya dikeluarka­n orang awam yang berada di tempat kejadian, namun penumpang kereta tidak dapat diselamatk­an akibat tersepit di bahagian tempat duduk belakang kereta dan api sudah marak.

“Penumpang kereta rentung di tempat kejadian, manakala pemandu kereta telah dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan dan masih menerima rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki, leher dan kepala,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.20 pagi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata sebuah jentera bomba dan kenderaan EMRS dari BBP Sandakan digerakkan ke tempat kejadian sejauh 9 kilometer diketuai oleh PBK II Arshad Kadir bersama enam anggota.

“Kenderaan terbabit telah merempuh rumah kosong yang tidak berpenghun­i dan menyebabka­n berlakunya kebakaran, yang turut memusnahka­n rumah terbabit yang terbakar 90 peratus,” katanya.

Anddre berkata terdapat dua orang mangsa di dalam kereta, seorang lelaki berjaya menyelamat­kan diri dan seorang mangsa wanita ditemukan rentung.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal dan api padam sepenuhnya pada jam 5.04 pagi.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia