Utusan Borneo (Sabah)

Makin ramai sedar kepentinga­n pemeriksaa­n kesihatan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sejak September tahun lalu, seramai 2,499 wanita tampil menjalani pemeriksaa­n `Pap Smear’ anjuran Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN).

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, seramai 1,550 wanita pula menjalani saringan kesihatan secara percuma menerusi agensi berkenaan.

“Hari ini kita bersama-sama LPPKN sekali lagi mengadakan pemeriksaa­n kesihatan wanita secara percuma menerusi Program Jelajah Well Being of Women (WOW).

“Program ini bermula sejak September lalu, bertujuan meningkatk­an lagi kesedaran orang awam khususnya wanita mengenai kepentinga­n menjalani ujian kesihatan, khususnya `Pap Smear’,” katanya ketika menyempurn­akan program itu di sini pada Jumaat.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Janet K.L Chee.

Jainab berkata ujian `Pap Smear’ adalah satu langkah awal pengesanan kanser serviks dalam kalangan wanita.

Katanya, ujian itu juga untuk mengenalpa­sti dan mendapatka­n rujukan bagi wanita yang mengalami pre kanser dan kanser serviks bagi tindakan susulan.

“Kementeria­n ini sentiasa menyokong dan menyeru semua golongan wanita di sini untuk memperkasa­kan diri dengan mengikuti programpro­gram disediakan kerajaan.

“Saya percaya sekiranya wanita bergerak bersama-sama dengan agenda pembanguna­n Malaysia, kita akan menuju ke arah pembentuka­n sebuah negara yang seimbang dan sejahtera,” katanya.

Jainab berharap program yang diadakan itu dapat memberikan manfaat serta kesedaran kepada semua pengunjung khususnya wanita.

 ??  ?? JANET (dua kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian program itu.
JANET (dua kiri) menyempurn­akan simbolik perasmian program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia