Utusan Borneo (Sabah)

‘Terima kasih DBKK’

Lebih 20 ribu hadir hari pengampuna­n DBKK

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Masa yang dinanti sudah tiba, orang ramai berpusupus­u berbaris panjang demi melunaskan bayaran kompaun yang sudah lama tertunggak.

Seawal jam 6.30 pagi lagi, sekitar perkaranga­n bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kelihatan dipenuhi orang sempena hari pengampuna­n kompaun kupon dan letak kereta.

Dianggarka­n lebih 20,000 orang hadir pada program yang juga bersempena sambutan ulang tahun ke18 DBKK.

Alamin Yusairi, 44, ketika ditemui Utusan Borneo cukup sabar menanti giliran menyelesai­kan bayaran kompaun yang sudah lama tertunggak sejak tahun lepas lagi.

Beliau yang berasal dari Tuaran itu menyifatka­n usaha DBKK adalah satu inisiatif yang perlu dihargai dan dipuji oleh semua lapisan masyarakat.

“Seawal jam 6.50 pagi lagi saya sudah sampai dari Tua ran untuk membayar kompaun yang sudah mencecah hampir 45 kompaun terkumpul.

“Diskaun yang diberikan cukup berbaloi untuk kami yang hanya bekerja makan gaji apatah lagi jika mahu fikirkan kos makan minum yang sudah naik harga,” katanya yang sudah berbaris lebih sejam itu.

Menurutnya, denda yang dikenakan kepadanya disebabkan kesalahan meletakkan kereta tanpa kupon yang ditetapkan di kawasan bandar.

Pada masa sama, kelihatan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai bersama pegawai kanan DBKK turun padang pada hari pengampuna­n yang bermula dari 8 pagi hingga 10 malam.

Jelas Yeo, sepanjang hari itu, setiap kompaun akan dikurangka­n kepada RM10 bagi apa juga kesalahan dengan mendapatka­n pengesahan dengan tandatanga­n dan cop dari pihak DBKK.

“Sekiranya hari ini (Jumaat) mereka tidak sempat melangsaik­an pembayaran, kita berikan mereka selama seminggu bermula hari pertama ini.

“Justeru, saya menggesa orang ramai supaya mengambil peluang ini menyelesai­kan kompaun kerana selepas ini, tidak akan ada program pengampuna­n dan DBKK akan terus mengenakan tindakan undang- undang,” katanya ketika ditemui selepas meninjau salah satu daripada 40 kaunter yang dibuka pada program itu.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Yong Oui Fah, Ketua Pengarah DBKK Joannes Solidau.

“Diskaun yang diberikan cukup berbaloi untuk kami yang hanya bekerja makan gaji apatah lagi jika mahu fikirkan kos makan minum yang sudah harga.” naik Alamin Yusairi, 44

 ??  ?? RUANGAN kaunter yang tidak pernah lengang dengan kehadiran orang ramai yang bersilih ganti.
RUANGAN kaunter yang tidak pernah lengang dengan kehadiran orang ramai yang bersilih ganti.
 ??  ?? YEO sempat turun padang menandatan­gani surat kompaun orang ramai.
YEO sempat turun padang menandatan­gani surat kompaun orang ramai.
 ??  ?? KESESAKAN orang ramai yang berbaris sehingga di luar jalan raya.
KESESAKAN orang ramai yang berbaris sehingga di luar jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia