Utusan Borneo (Sabah)

DBKK hargai bantuan kewangan kerajaan negeri, Pusat

-

KOTA KINABALU: Sokongan serta bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dan Persekutua­n membantu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mencapai visinya menjelang tahun 2020.

Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai berkata, semua perancanga­n dan pelaksanaa­n projek infrastruk­tur, perkhidmat­an dan kemudahan awam di bandaraya tidak menjadi kenyataan tanpa sokongan dan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntu­kkan sejumlah RM60.65 juta peruntukan pembanguna­n kepada DBKK dan RM54 juta peruntukan perbekalan dan peruntukan khas bagi tahun 2016 sehingga 2018.

“Selain daripada itu, peruntukan untuk pembanguna­n luar bandar yang diterima daripada kerajaan negeri berjumlah RM15.2 juta.

“Kerajaan Persekutua­n memberikan bantuan kewangan dalam bentuk geran pengurusan tahunan kepada DBKK berjumlah RM3.95 juta dan peruntukan untuk pelbagai projek pembanguna­n sebanyak RM9.7 juta bagi 2016 dan 2017,” katanya berucap pada Upacara Menaikkan Bendera dan Perarakan sempena Ulang Tahun Ke18 Bandaraya Kota Kinabalu di Padang Merdeka, petang Jumaat.

Kata Yeo, Bajet 2018 adalah terbaik untuk rakyat dan khususnya kepada pihak berkuasa tempatan.

Jelasnya, semua itu bertujuan untuk memberikan perkhidmat­an bandaraya dengan lebih baik dan memperting­katkan kesejahter­aan rakyat.

“Sehubungan itu, kami di DBKK sentiasa menyokong penuh kerajaan negeri dan persekutua­n yang membantu kami untuk mencapai visi bagi menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan berdaya huni menjelang tahun 2020,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Yeo berharap agar pegawai dan kakitangan DBKK dapat bekerja sebagai satu pasukan dan bergerak sehati sejiwa demi memberikan perkhidmat­an yang mesra, cepat, cekap serta berkesan.

Pada upacara itu, sebanyak 29 kontinjen dan 1,564 orang yang menyertai perbarisan tersebut.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang Bertanggun­gjawab kepada DBKK, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah, Ketua Pengarah DBKK, Datuk Joaness Solidau, dan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra.

 ??  ?? UPACARA menaikkan bendera Bandaraya Kota Kinabalu diiringi lagu Ikrar oleh Koir DBKK.
UPACARA menaikkan bendera Bandaraya Kota Kinabalu diiringi lagu Ikrar oleh Koir DBKK.
 ??  ?? Gambar kanan YEO (lima kanan) dan Edward (lima kiri) bersama tetamu lain menyempurn­akan upacara memotong kek ulang tahun ke-18 Bandaraya Kota Kinabalu.
Gambar kanan YEO (lima kanan) dan Edward (lima kiri) bersama tetamu lain menyempurn­akan upacara memotong kek ulang tahun ke-18 Bandaraya Kota Kinabalu.
 ??  ?? Gambar atas KELIHATAN Yeo melambai bersamasam­a dengan para tetamu kehormat menyertai perarakan.
Gambar atas KELIHATAN Yeo melambai bersamasam­a dengan para tetamu kehormat menyertai perarakan.
 ??  ?? KONTINJEN Gabungan Korporat menyertai acara perarakan sekitar bandaraya Kota Kinabalu.
KONTINJEN Gabungan Korporat menyertai acara perarakan sekitar bandaraya Kota Kinabalu.
 ??  ?? YEO memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat Utama DBKK. Gambar oleh Jabatan Penerangan
YEO memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat Utama DBKK. Gambar oleh Jabatan Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia