Utusan Borneo (Sabah)

Lawn Bowls eratkan hubungan Kelab Pendidikan Labuan dengan PIBG SK Lasau

-

LABUAN: Kelab Pendidikan Labuan telah mengadakan perlawanan persahabat­an Lawn Bowls dengan PIBG SK Lasau Podi di Gelanggang Lawn Bowls Antarabang­sa Labuan di Tanjung Purun, minggu lalu.

Dalam perlawanan itu, Kelab Pendidikan Labuan yang diketuai sendiri Pengarah Pendidikan Labuan, Raisin Saidin bersama Roziman Sabtu, Zaleha Saleh, Jumiatih Halim, Liza Ladis dan Rommariati, berjaya menewaskan pasukan pilihan PIBG SK Lasau Podi.

Ini merupakan satu pengalaman baru dan manis buat pemain SK Lasau Podi kerana kali pertama dapat bermain permainan ini.

Keseronoka­n dan kegembiraa­n jelas terpancar di wajah ahli rombongan walaupun kepenatan dengan sesi jadual lawatan yang padat.

Raisin Saidin mengucapka­n terima kasih kepada Yurin Subing, pengurus lawatan SK Lasau Podi, kerana memilih Labuan sebagai destinasi lawatan sambil belajar rombongan tersebut.

Yurin juga merupakan anak didik beliau di sekolah menengah dahulu dan ini adalah pertemuan pertama selepas 20 tahun.

Beliau juga berharap agar lebih banyak aktiviti diadakan di bawah Kelab Pendidikan Labuan bagi mempromosi serta dapat menjalinka­n kerjasama dalam pasukan khususnya warga Kelab Pendidikan Jabatan Pendidikan Labuan.

Pengerusi Kelab Pendidikan Labuan, Roziman Sabtu berkata kalah menang bukanlah ukuran namun apa yang utama ialah perlawanan persahabat­an ini merupakan satu perkongsia­n ilmu, keseronoka­n dan dapat menjalinka­n hubungan antara warga pendidik Labuan dan Kota Belud Sabah.

“Mereka tidak pernah bermain Lawn Bowls, tetapi semasa bermain, bakat mereka tetap terserlah. Selama dua jam permainan, ahli rombongan sangat teruja dan berhasrat untuk kembali menentang pasukan pendidikan Labuan pada masa akan datang,” katanya.

PIBG SK Lasau Podi menjadikan Labuan destinasi untuk mengadakan mesyuarat dan lawatan sambil belajar selama tiga hari bermula pada hari Khamis lalu.

Antara pengisian lawatan rombongan ini adalah ke SK Bebuloh bagi penanda aras sekolah dan PIBG, Muzium Marin dan Labuan Shipyard.

Selain itu, rombongan ini juga mengadakan mesyuarat khas PIBG SK Lasau Podi, bagi persiapan program sepanjang 2018.

 ??  ?? RAISIN (lapan kiri) bersama pemain Kelab Pendidikan Labuan dan PIBG SK Lasau.
RAISIN (lapan kiri) bersama pemain Kelab Pendidikan Labuan dan PIBG SK Lasau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia