Utusan Borneo (Sabah)

Buat penyelengg­araan berkala

Saranan kepada jabatan, agensi k’jaan demi pastikan bangunan selamat

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin mengingatk­an jabatan dan agensi kerajaan supaya sentiasa bertindak proaktif dalam menyelengg­ara bangunan masing-masing secara berkala.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata langkah itu bagi memastikan bangunan yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Beliau berkata setiap bangunan kerajaan harus mempunyai rutin pemeriksaa­n berkala.

Katanya, jangan tunggu sehingga berlaku sesuatu insiden tidak diingini barulah melakukan pembaikan dan penyelengg­araan.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas berkata, beliau tidak mahu insiden keruntuhan siling di bahagian farmasi Klinik Kesihatan Putatan pada Isnin lalu berlaku di

KLINIK Kesihatan Putatan beroperasi seperti sedia kala selepas siling yang runtuh di kawasan farmasi diperbaiki.

bangunan kerajaan lain.

“Siling yang jatuh itu sudah diperbaiki. Ia jatuh disebabkan bebanan kabel elektrik. Pertambaha­n kabel elektrik berlaku dari masa ke semasa tanpa mengambil kira bebanan berat pada siling berkenaan.

“Perkara sebegini bukan hanya berlaku di sini, ia mungkin berlaku di tempat lain sekiranya tiada pemeriksaa­n secara berkala dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Klinik Kesihatan Putatan, di sini pada Jumaat.

DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

“Jangan tunggu sehingga berlaku sesuatu insiden tidak diingini barulah melakukan pembaikan dan penyelengg­araan. ”

(tiga kiri) bersama Amrullah (dua kanan) dan Asits (dua kiri) mendengar penerangan mengenai kerja pembaikan siling di klinik berkenaan.

Beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ketika kejadian berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Amrullah Kamal berkata bangunan persekutua­n mempunyai unit kejurutera­an tersendiri untuk memantau penyelengg­araan di bangunan masingmasi­ng. Keruntuhan siling yang berlaku di klinik itu adalah kes ringan maka, ia dapat diselesaik­an dengan segera oleh Jabatan Kesihatan sendiri.

“Jika ia melibatkan kerosakan major dan perlukan struktur baharu, barulah khidmat nasihat JKR akan diperlukan.

“Namun dalam aspek pengurusan kemudahan ini, pemantauan dan pemeriksaa­n memang perlu dilakukan secara berkala,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembanguna­n Kesihatan Keluarga) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah Dr Asits Sanna berkata unit kejurutera­an JKN Sabah melalui kontraktor dilantik memang ada melakukan pemantauan pada setiap masa di semua klinik di bawah jabatan ini.

Klinik Kesihatan Putatan yang beroperasi sejak 2004 ini menerima hampir 500 pesakit setiap hari. Klinik ini mempunyai lebih 90 orang kakitangan termasuk dua pakar perubatan serta 18 pegawai perubatan.

 ??  ?? YAHYA
YAHYA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia