Utusan Borneo (Sabah)

380 sertai Kursus Keusahawan­an Burung Walit

- menerima cenderaken­angan berupa sijil daripada Elvenson Henly. JOHANAZIZ

TONGOD: Seramai 380 orang peserta menyertai Kursus Keusahawan­an Burung Walit yang diadakan di dewan serbaguna Kampung Kiandungu di sini baru-baru ini.

Kursus anjuran Pergerakan Komulakan UPKO Zon Sogo-Sogo Bahagian Kinabatang­an telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masiung Banah.

Dalam ucapannya, Masiung yang juga Ketua Bahagian UPKO Kinabatang­an berkata, rakyat dan pemimpin masingmasi­ng berperanan untuk menstabilk­an ekonomi baik untuk diri sendiri, keluarga, dan seterusnya negara .

“Kita perlu memiliki ilmu pengetahua­n dan kemahiran seperti mengusahak­an burung walit yang akan membantu memperkemb­angkan ekonomi kita agar mampu menjadi usahawan yang berjaya.

“Jangan kita mendidik diri kita ini untuk terus memberi alasan sehingga kita tidak mampu untuk mengubah taraf ekonomi kita masing-masing,” katanya.

Masiung yang juga Adun Kuamut berkata, kerajaan telah menyediaka­n pelbagai kemudahan dan bantuan kepada mereka yang ingin menceburka­n diri dalam perniagaan melalui agensiagen­sinya.

Beliau meminta agar rakyat terutama sekali golongan belia dapat merebut segala peluang yang disediakan

MASIUNG

kerajaan.

“Saya yakin, dengan usaha gigih dan ilmu kemahiran yang ada sudah tentu mereka boleh berjaya dan secara tidak langsung langkah mereka ini dapat menyumbang kepada pemerkasaa­n kepada ekonomi keluarga dan juga negara,” katanya.

Masiung menyifatka­n kursus itu dapat membantu menjana ekonomi para peserta sekiranya ia dilakukan dengan gigih dan serius.

Beliau juga turut mengucapka­n tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurk­an kursus itu dengan jayanya dan penyertaan yang begitu ramai, termasuk para penceremah jemputan, Jamirin Nasiri dan Pengerusi Penganjur, Elvenson Henly Jumail.

Masiung juga telah menyumbang­kan yuran bagi setiap peserta yang menyertai kursus itu.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kinabatang­an yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kuamut, Laising Podok, Pegawai Kementeria­n Belia dan Sukan Daerah, Patrick Suhaimi, Ketua Wanita Upko Kinabatang­an, Puan Faridah Saidin, Setiausaha Bahagian Upko, Kamrin Satah, Pemangku Ketua Pemuda Upko Bahagian, Armon Bining, Ketua Komulakan Upko Bahagian, Willy Frous Darinsok dan Pengerusi JKKK Kampung Kiandungu Darat, Aim Ansang.-Oleh

 ??  ??
 ??  ?? MASIUNG, para pemimpin dan pegawai kerajaan bergambar ramai bersama-sama dengan para peserta dan penceremah kursus.
MASIUNG, para pemimpin dan pegawai kerajaan bergambar ramai bersama-sama dengan para peserta dan penceremah kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia