Utusan Borneo (Sabah)

RM195 juta biaya projek pembanguna­n Kudat dalam RMK11

-

KUDAT:Kerajaan meluluskan peruntukan kira-kira RM195 juta untuk membiayai pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n berkepenti­ngan rakyat di daerah Kudat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kata Pegawai Daerah Kudat Sapdin Ibrahim.

Beliau berkata peruntukan berkenaan merupakan kesinambun­gan daripada peruntukan berjumlah RM155 juta yang diluluskan kerajaan untuk membiayai projek rakyat di daerah paling utara negeri Sabah itu dengan jumlah pendudukny­a kirakira 119,200 orang, dalam RMK10.

Katanya antara projek yang berjaya disiapkan melalui peruntukan dalam RMK10 ialah kerja menaik taraf sauk Loji Rawatan Air Pulau Banggi yang menelan kos RM35 juta, pembinaan ‘ramp’ dan naik taraf jeti Kudat (RM8.8 juta).

Projek lain yang dilaksanak­an melalui peruntukan RMK10 itu ialah pembinaan Masjid Kampung Ayer bernilai RM4 juta, pembinaan Mahkamah Anak Negeri (RM4.5 juta) dan projek naik taraf Jalan Pantai Kelambu (RM9 juta).

“Antara projek yang sedang dan akan kita laksanakan melalui peruntukan RMK11 ialah pembinaan Muzium Tun Mustapha dengan kos kira-kira RM7 juta, menaik taraf Taman Awam Bandar Kudat (RM6 juta), menaik taraf Jalan Laksian, Pulau Banggi (RM35.5 juta) dan menaik taraf Jalan Malinyu, Pulau Banggi (RM19 juta),” katanya kepada Bernama.

Menurut Sapdin, projek projek yang turut tersenarai dan sedang atau bakal dilaksanak­an dalam RMK11 ialah membina Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah dengan kos RM20 juta, menaik taraf Jalan Pantai Kelambu Fasa 2 (RM8 juta) dan membina kuarters hospital (RM17 juta).

Katanya projek lain yang akan atau sedang dilaksanak­an dalam RMK11 itu juga ialah membaik pulih sekolah-sekolah daif seperti SK Kapitangan dengan kos dianggarka­n RM6 juta, SK Palak (RM6 juta) dan SK Perapat Laut (RM5 juta).

Menurut Sapdin, projek memasang paip agihan ke Kampung Perpaduan Ria bernilai RM8 juta dan projek menaik taraf Tamu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dengan kos sebanyak RM1.7 juta juga akan dilaksanak­an dalam RMK11.

Katanya Jalan Pesisir Pantai dari daerah Tuaran ke Simpang Mengayau, Kudat yang dianggarka­n bernilai RM2.5 bilion di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo mungkin akan mula dilaksanak­an pada tahun hadapan.

“Semua infrastruk­tur asas ini memberi impak besar kepada penduduk. Pulau Banggi juga kita tidak abaikan. Projek pembanguna­n kita salurkan ke pulau berkenaan. Tahun ini saja, antara jalan yang akan dinaik taraf ialah Jalan Laksian (RM35.5 juta) dan Jalan Malinyu (RM19 juta) manakala sekolah-sekolah daif di Pulau Banggi akan dibaik pulih dengan kos RM16 juta,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia