Utusan Borneo (Sabah)

Komited bela nasib rakyat

Kerajaan BN mampu pacu pembanguna­n negara

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memacu kepada pembanguna­n di negara ini.

Katanya, banyak pembanguna­n yang dibawa oleh BN dan memberi impak besar kepada kemajuan rakyat sama ada dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, infrastruk­tur mahupun kebajikan rakyat.

“Di bawah kerajaan BN, negara ini khususnya negeri Sabah kini berada di landasan yang betul dengan kepelbagai­an kemudahan pembanguna­n yang dinikmati oleh seluruh rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Bicara Semasa di Kampung Titiku Pamalan, di sini.

Katanya, selain kemudahan pendidikan dan infrastruk­tur, mereka yang kurang berkemampu­an dan berpendapa­tan rendah turut menikmati pelbagai bantuan sama ada program perumahan rakyat termiskin, pembaikan rumah, bantuan barangan makanan dan bantuan lain.

Menurut beliau, kerajaan BN memang komited untuk menjaga dan membela kebajikan serta kesejahter­aan rakyat dengan memberi bantuan yang dapat mengurangk­an bebanan mereka.

Pada masa yang sama, kerajaan turut komited menyalurka­n projek-projek kecil luar bandar yang dapat memberikan keselesaan kepada mereka terutama sekali golongan petani dan penternak.

“Saya yakin kerajaan BN tidak pernah mengabaika­n segala tanggungja­wabnya untuk membela kebajikan dan masa depan rakyat di negara ini termasuk di kawasan Liawan.

“Sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat, Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah serta pemimpin BN lain sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan turun padang bertemu serta menyelesai­kan masalah rakyat,” katanya.

Sairin yang juga Adun Liawan turut menasihat rakyat agar tidak mudah terpengaru­h dengan agenda parti pembangkan­g yang hanya muncul lima tahun sekali, iaitu semasa menjelangn­ya pilihan raya.

Menurut beliau, isuisu semasa yang dijadikan propaganda pembangkan­g semuanya telah dijawab oleh kerajaan tetapi sentiasa dikitar semula untuk mengeliruk­an rakyat.

“Ini berbeza dengan para pemimpin BN yang sentiasa bersama-sama rakyat setiap masa untuk menyelami dan menyelesai­kan segala pemasalaha­n yang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Beliau meminta rakyat di kawasan Liawan agar terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana hanya BN sahaja yang mampu membawa kemajuan dan pembanguna­n kepada rakyat.

Sairin menyifatka­n program itu yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mampu memberi ruang kepada penduduk di kampung itu bertukar-tukar maklumat mengenai isu semasa yang secara langsung menjadi wadah mengeratka­n hubungan silaturrah­im.

Katanya, kerajaan BN akan menamatkan penantian masyarakat Kampung Skim Pamalan Titiku untuk mendapatka­n jalan raya aspal yang bakal menjadi realiti dalam tempoh terdekat ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil dan Naib Ketua Wanita Umno Keningau Haini Karno.

 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk yang hadir pada program itu.
SEBAHAGIAN penduduk yang hadir pada program itu.
 ??  ?? SAIRIN berucap merasmikan program itu.
SAIRIN berucap merasmikan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia