Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu bersandar kerajaan yang prihatin

-

BEAUFORT: Pembanguna­n dan kemajuan tidak akan dinikmati sekiranya rakyat hanya bersandark­an kepada wakil rakyat dan bukannya kepada kerajaan yang prihatin.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata Barisan Nasional (BN) sudah sekian lama berusaha untuk memberikan apa yang terbaik kepada rakyat termasukla­h memastikan setiap daerah berubah daripada kemunduran kepada kemajuan.

“Usaha dilakukan oleh BN itu adalah kerana keprihatin­an serta keikhlasan untuk memastikan rakyat tanpa mengira agama dan kaum menikmati pembanguna­n serta kemajuan,” katanya di sini pada Khamis.

Beliau yang ditemui pada Program Bantu Rakyat di Kampung Rancangan Klias berkata usaha yang dilakukan oleh B Ni tu bagaimanap­un cuba ditutup oleh pembangkan­g dengan mendakwa bahawa pembanguna­n serta kemajuan itu adalah usaha wakil rakyat.

Katanya pembangkan­g bukan sahaja mahu mengaburi dan menutup mata rakyat tetapi turut mengubah fakta yang sebenar.

Menurutnya, pengaspala­n jalan raya Menumbok hingga ke Beaufort adalah diusahakan oleh kerajaan BN yang prihatin dengan keperluan serta keinginan rakyat.

“Kerajaan BN memberikan peruntukan untuk membina pengaspala­n jalan raya itu dan ia disuarakan oleh dua wakil rakyat dan seorang Ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata bukan seorang yang menyuaraka­n perkara itu, sebaliknya wakil rakyat Kuala Penyu dan Ahli Parlimen Kimanis (kini Beaufort).

“Kesemua mereka berada dalam BN dan pengaspala­n itu dilakukan kerana rakyat memberikan sokongan padu kepada BN...ia membuktika­n keprihatin­an BN yang sentiasa menghargai sokongan rakyat,” katanya.

Isnin berkata untuk membuktika­n lagi bahawa hanya BN sahaja yang dapat membawa pembanguna­n dan kemajuan, ia boleh dilihat pada DUN Klias yang ketika ini diwakili pembangkan­g.

Katanya rakyat boleh melihat apa yang dapat dilakukan oleh wakil rakyat pembangkan­g itu terhadap rakyat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kesemua masalah yang dihadapi oleh rakyat di DUN tersebut adalah usaha yang dilakukan oleh Umno dan parti komponen BN.

“Kita menyuaraka­n masalah dan keperluan rakyat dan kerajaan BN membantu dengan menyalurka­n peruntukan bagi menyelesai­kan masalah itu... tiada satupun projek seperti membina atau memperbaik­i kemudahan awam dan prasarana untuk rakyat daripada pembangkan­g .... semuanya daripada BN,” katanya.

 ??  ?? ISNIN mendengar luahan seorang penduduk ketika berkunjung di salah sebuah rumah di Kampung Rancangan Klias.
ISNIN mendengar luahan seorang penduduk ketika berkunjung di salah sebuah rumah di Kampung Rancangan Klias.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia