Utusan Borneo (Sabah)

Dera anjing: Dua warga emas dipenjara tujuh hari, denda RM7,800

-

KAMPAR: Dua warga emas, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM7,800 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat, bagi kesalahan mendera seekor anjing di Kampar, pada November 2016.

Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktika­n keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Wong Then Yoong, 67, dan Aw Soon Fatt, 66, di akhir kes pembelaan .

Kedua-dua warga emas itu didapati bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyeret seekor anjing menggunaka­n rantai besi sejauh 2.3 kilometer hingga menyebabka­n kesakitan dan penderitaa­n terhadap haiwan itu di Jalan Batu Sinar, Bandar Baru, Kampar pada 11 pagi, 11 Nov 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(d) Akta Binatang (Pindaan) 2013 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan dan Louis Liaw manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Onn.

Terdahulu, peguam Syahredzan Johan memohon agar mahkamah mengenakan denda RM5,000 bagi setiap tertuduh tanpa hukuman penjara sambil menyatakan keduadua tertuduh telah menyesal dengan perbuatan mereka.

Kenneth pula meminta hukuman berat dikenakan terhadap keduadua tertuduh sebagai pengajaran dan amaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perkara yang sama.

Sebelum ini, pada 29 Nov 2016, Wong dan Aw, masingmasi­ng dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mendera anjing itu mengikut Seksyen 44 (1)(d) Akta Binatang 1953 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara tidak lebih enam bulan atau keduaduany­a.

Bagaimanap­un pada 4 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahka­n dua warga emas itu didakwa semula atas pertuduhan mendera anjing itu selepas mendapati hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret Kampar tidak mengikut pindaan akta terbaru.

Pada 24 Ogos 2017, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan minta dibicaraka­n. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia