Utusan Borneo (Sabah)

SMK Inanam juara bola baling MSSD KK

- Oleh JAINUDIN NASIR

INANAM:Pasukan SMK Inanam muncul juara Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kota Kinabalu kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun di padang dan Dewan BSA Kelombong di sini baru-baru ini.

Naib johan disandang oleh pasukan SM.Tinggi Kota Kinabalu (kategori lelaki) dan SMK. Tun Ahmad Shah menduduki Naib johan kategori perempuan

Tempat ketiga disandang oleh SM Shan Tao (Lelaki) dan SMK Sanzac kategori perempuan sempena kejohanan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu melibatkan 16 buah sekolah megambil bahagian (Kategori lelaki) dan 19 buah sekolah kategori perempuan.

Sementara itu Desley Calven dari SM Tinggi Kota Kinabalu (19 gol) dan Pamela Audery (15 gol) juga dari SM Tinggi Kota Kinabalu masing-masing dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak kategori lelaki dan perempuan, manakala Pemain Terbaik kategori lelaki disandang oleh Hafizan Irwan dan kategori perempuan diberikan kepada Nurhalizah binti

LAHINI menyampaik­an Sijil Penghargaa­n kepada salah seorang Pengadil kejohanan.

Ahmad kedua-duanya dari SMK Inanam.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang disempurna­kan Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m SM All Saints Kota Kinabalu, Laini Ahing.

Laini ketika ditemui memaklumka­n kejohanan itu, merupakan medan pemilihan peserta berpotensi bagi mewakili MSSD Kota Kinabalu ke kejohanan Bola Baling peringkat MSS Bahagian Barat tidak lama lagi melibatkan tiga daerah lain iaitu, MSSD Penampang, MSSD Tuaran dan MSSD Ranau.

“Selain itu, kejohanan seumpama ini juga mampu memupuk perapaduan dan permuafaka­tan sedia terjalin dalam kalangan guru-guru, jurulatih dan peserta dari semua sekolah mengambil bahagian”, jelasnya.

 ??  ?? ANTARA peserta kejohanan Bola Baling MSSD Kota Kinabalu merakam gambar kenangan selepas majlis penangguha­n kejohanan.
ANTARA peserta kejohanan Bola Baling MSSD Kota Kinabalu merakam gambar kenangan selepas majlis penangguha­n kejohanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia