Utusan Borneo (Sabah)

Ranking Shoot medan pilih pemanah SUKMA

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Memanah Sabah (SSA) akan menjadikan Pertanding­an Ranking Shoot Kedua pada 10-11 Februari ini sebagai medan memilih pemanah mewakili Sabah ke Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 Perak 2018.

Setiausaha SSA, Paul Leong berkata, seramai 16 pemanah akan dipilih membawa cabaran Sabah pada sukan dwi tahunan terbesar negara itu September depan.

“Pertanding­an Ranking Shoot ini akan disertai pemanah dari seluruh negeri ini dan kami menjangkak­an persaingan sengit bagi mendapat tempat mewakili Sabah ke SUKMA.

“Sabah kini miliki ramai pemanah yang bagus. Kita akan pilih yang terbaik dalam kalangan yang terbaik,” kata Paul yang juga pengurus pasukan memanah SUKMA Sabah ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menurutnya, SSA juga akan menghantar pemanah menyertai Karnival Bakat Siri1 2018 di Negeri Sembilan pada 8-11 Mac dan edisi pertama Liga Memanah Dan Terbuka Selangor pada 7-11 Mac.

“Terbuka Selangor terutamany­a akan menjadi medan ujian kepada pemanah SUKMA kita. Penyertaan pada pertanding­an-pertanding­an kompetitif diharap akan membantu memperting­katkan prestasi mereka dengan lebih berkesan,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, mungkin tidak semua pemanah SUKMA dapat dihantar menyertai kejohanan itu kerana tempat yang terhad.

Paul sebelum ini juga menyuaraka­n harapan persatuan agar pemanah SUKMA-nya dihantar bagi mendapatka­n pendedahan dan pengalaman berlatih dan bertanding di luar negara.

Beliau berkata, pendedahan antarabang­sa di Indonesia dan Australia adalah antara faktor penyumbang kejayaan skuad memanah menjadi antara lubuk pingat emas dengan mengotakan sasaran enam pingat emas pada SUKMA Ke-18 Sarawak 2016.

Menurutnya, sebahagian besar pemanah pada SUKMA Sarawak 2016 seperti Muhd Sauqi Azmi, Ahmad Afiq Akio Man, Diana Tsen, Adriel Gabriel Liew, Eugenius Lo Foh Soon dan Mecedger Sage Edie masih boleh bertanding pada SUKMA tahun ini.

Pemilihan pemanah bagaimanap­un akan bergantung kepada prestasi semasa mereka.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI pemanah semasa pertanding­an Ranking Shoot pertama bulan lalu. Ranking Shoot kedua akan diadakan di Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 10-11Februari ini.
AKSI pemanah semasa pertanding­an Ranking Shoot pertama bulan lalu. Ranking Shoot kedua akan diadakan di Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 10-11Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia