Utusan Borneo (Sabah)

Buruan slot ke Liga Juara-Juara makin sengit

-

LONDON, England: Saingan sengit untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan diteruskan lagi hujung minggu ini apabila Liverpool menanti kunjungan Tottenham Hotspur sementara Manchester United dan Chelsea cuba bangkit dari kekalahan pada pertengaha­n minggu.

Hanya lima mata memisahkan di antara United (tangga kedua) dengan Spurs (tangga kelima) dengan buruan slot kelayakan ke kejohanan elit dan mewah Liga Juara-Juara musim hadapan menyaksika­n menyebabka­n satu rekod perbelanja­an 430 juta pound pada pasaran perpindaha­n pemain bulan Januari dalam Liga Perdana.

Arsenal berada di tangga keenam, enam mata di belakang Spurs, menyebabka­n kelab itu – yang kebiasaann­ya jarang berbelanja besar pada bulan Januari – turut aktif mendapatka­n pemain baharu. Perpindaha­n Philippe Coutinho dengan nilai 160 juta pound dari Liverpool ke Barcelona pada awal bulan Januari bermakna Liverpool mampu membelanja­kan pembelian main Virgil Dijk nilai dunia untuk

seorang pepertahan­an berjumlah pound.

Walaupun masih bersaing dalam Liga Juara-Juara musim ini, Liverpool dan Spurs tidak langsung berada dalam 10 pasukan teratas dengan perbelanja­an bersih perpindaha­n dalam Liga Perdana musim ini.

Bagaimanap­un, pencapaian memberangs­angkan dicapai di bawah kendalian Jurgen Klopp (gambar) dan Mauricio Pochettino akan diancam sekiranya gagal layak ke Liga JuaraJuara musim hadapan, menjadikan perlawanan kedua-dua pasukan di Anfield Ahad ini adalah sangat penting.

Spurs menewaskan Manchester United 2-0 pada perlawanan hari Rabu dan kemenangan di Anfield akan meletakkan mereka di hadapan Liverpool dalam kedudukan liga.

Dua kekalahan berturut-turut kepada Swansea City dan West Brom membangkit­kan persoalan tentang keputusan Liverpool untuk tidak mencari pengganti terus kepada Coutinho tetapi mereka bangkit dengan menewaskan Huddersfie­ld 3-0 pada pertengaha­n minggu dan masih belum tewas di Anfield musim ini.

Pemain penyerang baharu, Pierre-Emerick Aubameyang dan Henrikh Mkhitaryan selain Mesut Ozil menandatan­gani kontrak baharu bermakna kekalahan 1-3 Arsenal di Swansea Selasa lepas dapat dilupakan dengan segera.

Bagaimanap­un, dengan Spurs dan City akan turut menentang Arsenal, pengurus Arsenal, Arsene Wenger memerlukan dua bekas pemain kelab Borussia Dortmund itu untuk segera menyesuaik­an diri dan membentuk gandingan berbisa.

Arsenal juga pastinya kecewa kearna melepaskan beberapa pemain dengan Theo Walcott berpindah ke Everton dan menjaringk­an dua gol untuk membantu Everton mencipta kemenangan pertama tahun ini dengan menewaskan Leicester City Rabu lepas.

Leicester hilang rentak pada perlawanan di Goodison Park dengan ketiadaan Riyad Mahrez, yang dilaporkan menyerahka­n permohonan untuk berpindah ekoran minat dari City.

Mahrez juga menyerahka­n permohonan berpindah pada akhir musim lepas tetapi pengurus kelab, Claude Puel percaya pemain antarabang­sa Algeria itu boleh kembali ceria menjelang perlawanan menentang Swansea hari ini.

“Semua pemain dan kakitangan akan membantu beliau kembali dengan senyuman dan menikmati bola sepaknya,” kata beliau.

City cuba mendapatka­n Mahrez selepas Leroy Sane tidak dapat beraksi untuk sekurang-kurangnya enam minggu kerana kecederaan buku lali. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia