Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan Suarez beri kelebihan

Barca tewaskan Valencia 1-0 pada separuh akhir pertama Copa Del Rey

-

MADRID, Sepanyol: Luis Suarez (gambar kanan) memberikan kelebihan kepada juara bertahan, Barcelona apabila menewaskan Valencia 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Copa del Rey di Nou Camp Khamis lepas.

Barcelona, yang memiliki rekod juara 29 kali kejohanan, cuba menjadi pasukan pertama untuk memenangi kejuaraan ini sebanyak empat kali berturut-turut sejak Athletic Bilbao pada 1930an.

Tetapi mereka dipaksa bekerja-keras menentang pasukan Valencia yang ketiadaan tiga pemain utama - Goncalo Guedes, Geoffrey Kondogbia dan Ezequiel Garay – kerana kecederaan.

Barcelona menguasai bola tetapi menunggu sehingga minit ke-67 untuk memecah kebuntuan.

Tidak mengejutka­n, Lionel Messi adalah orang yang merobek pertahanan Valencia dengan melepasi tiga pemain pertahanan sebelum mengumpan bola kepada Suarez untuk melakukan penyudah.

Perlawanan kali ini adalah jauh berbeza dari perlawanan yang sama dua tahun yang lepas apabila Barca menang 8-1 secara agregat selepas menang 7-0 pada perlawanan pertama.

“Kami mempunyai kelebihan tipis tetapi masih ada 90 minit lagi dan ia pastinya sukar kerana Valencia cukup kuat di tempat sendiri,” kata Suarez.

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Leganes, yang mengejutka­n Real Madrid di suku akhir, bangkit dari ketinggala­n sebelum mengikat Sevilla 1-1.

Luis Muriel membuka jaringan buat Sevilla pada minit ke-21 tetapi Leganes mengikat kedudukan dari satu tandukan Dimitrios Siovas.

Leganes bermain dalam divisyen tiga lima tahun yang lalu dan beraksi di peringkat separuh akhir Copa del Rey buat kali pertama dalam 90 tahun sejarah penubuhan kelab.

– AFP

 ??  ?? penyerang Barcelona Lionel Messi, cuba melepasi kepungan beberapa pemain Valencia sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan pada separuh akhir pertama Copa Del Rey di Nou Camp, Khamis. pepertahan­an, van dengan rekod
penyerang Barcelona Lionel Messi, cuba melepasi kepungan beberapa pemain Valencia sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan pada separuh akhir pertama Copa Del Rey di Nou Camp, Khamis. pepertahan­an, van dengan rekod
 ?? - Gambar AFP ?? BINTANG
- Gambar AFP BINTANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia