Utusan Borneo (Sabah)

De Bruyne, Silva kecewa sering jadi mangsa kekasaran

-

MANCHESTER, England: Pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne dan Bernardo Silva, meluahkan kekecewaan kerana sering menjadi sasaran terjahan keras dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Pemain City merawati beberapa kesakitan menjelang perlawanan di Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu ini selepas mengalami terjahan keras dari lawan mereka dalam beberapa perlawanan.

Pengurus City, Pep Guardiola, naik berang melihat beberapa terjahan keras dari pemain West Brom pada perlawanan Rabu lepas, termasuk satu terjahan oleh Matt Philips ke atas pemain gantian muda, Brahim Diaz.

De Bruyne juga dikasari oleh James McClean ketika menjaringk­an gol kedua semasa City menang 3-0 pada perlawanan di Stadium Etihad.

Kekasaran turut berlaku semasa perlawanan Piala FA di Cardiff, di mana pemain tengahnya, Leroy Sane, mengalami kecederaan serius di bahagian buku lali, menyebabka­n beliau dijangka perlu berehat sekurang kurangnya enam minggu.

Ia menyebabka­n Guardiola mendesak pengadil untuk memberikan lebih banyak perlindung­an kepada pemainnya untuk mengelak kecederaan.

“Bagi bola sepak, secara amnya pemain adalah artis. Satu-satu perkara yang mereka boleh melakukan ialah untuk melindungi mereka,” kata Guardiola. “Pengadil harus melindungi mereka – bukan hanya pemain saya tetapi semua pemain.”

De Bruyne berkata cubaan untuk menghalang City bermain lancar dengan permainan keras mula memberi kesan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

“Kadang-kadang ia mengecewak­an,” kata beliau. “Banyak pasukan melakukan banyak kekasaran ke atas kami tetapi apabila kami melakukan kekasaran, kami yang mendapat kad kuning. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh berlaku.

“Saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan – anda juga boleh menarik jersi, ia lebih berkesan dari melakukan terjahan.

“Buat masa ini, kami tidak mempunyai ramai pemain – terutama sekali di bahagian serangan. Kami hanya mempunyai seorang pemain untuk setiap posisi dan saya berharap orang mereka boleh kembali pulih dengan segera.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia