Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh sekolah daif dibaik pulih menerusi bajet diumum PM

Menerusi bajet RM1 bilion yang diumum Perdana Menteri

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Tujuh sekolah luar bandar di daerah Beaufort telah dikenal pasti untuk dibaikpuli­h menerusi Bajet 2018 sebanyak RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, menerusi bajet yang diperuntuk­kan kerajaan pusat kepada Sabah untuk pembanguna­n dan pembaikan, ia jelas menunjukka­n kerajaan prihatin terhadap rakyat di negeri ini.

“Sebanyak tujuh sekolah daif di kawasan ini memerlukan perhatian. Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediaka­n peruntukan yang besar ini untuk keselesaan rakyat di Sabah.

“Saya dimaklumka­n oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa tujuh sekolah tersebut akan dibaikpuli­h pada tahun ini juga dan ini jelas menunjukka­n bahawa kerajaan amat memahami keperluan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an di Sekolah Kebangsaan (SK) Lajau, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut memuji sikap Perdana Menteri yang sering berusaha membantu membangunk­an Sabah dari pelbagai sudut demi keselesaan rakyat.

“Kita (rakyat) perlu bersyukur kerana diterajui oleh pemimpin sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat di negeri ini yang tidak putus memberikan bantuan serta peruntukan yang besar untuk kesejahter­aan rakyat Sabah.

“Lihat sahaja kerajaan yang ada pada hari ini, pelbagai bantuan disalurkan bukan sahaja untuk pembanguna­n pendidikan semata-mata malah untuk seluruh lapisan rakyat di negara ini,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Azizah turut menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada 140 murid di SK Lajau.

“Sebanyak tujuh sekolah daif di kawasan ini memerlukan perhatian. Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediaka­n peruntukan yang besar ini ” untuk keselesaan rakyat di Sabah. DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga Dan Masyarakat

 ??  ??
 ??  ?? AZIZAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian murid serta ibu bapa yang hadir pada majlis itu.
AZIZAH merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian murid serta ibu bapa yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? AZIZAH menyampaik­an bantuan kepada salah seorang murid sempena majlis itu.
AZIZAH menyampaik­an bantuan kepada salah seorang murid sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia