Utusan Borneo (Sabah)

Bidang keusahawan­an beri pulangan lumayan

-

TAWAU:Bidang keusahawan­an terbukti mampu memberikan pulangan lumayan kepada mereka yang menceburin­ya.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa S amat berkata kerajaan banyak mewujud dan melaksana program dan aktiviti yang bertujuan membantu usahawan wanita Bumiputera untuk lebih berjaya dan berdaya saing.

Beliau berkata, kerajaan percaya bahawa masih terdapat ruang dan kelemahan yang perlu diperbaiki dalam meningkatk­an pencapaian usahawan wanita Bumiputera yang berjaya.

“Dalam perniagaan, bakat yang ada bukan sebagai kayu pengukur untuk berjaya dalam perniagaan mengikut bakat yang kita sedia ada.

“Nasihat saya kepada peserta kursus, setiap usahawan mesti mempunyai sikap untuk meningkatk­an ilmu dalam diri dari masa ke semasa. Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang mesti sanggup belajar menambahka­n ilmu

HAMISA

pengetahua­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Kursus Membuat Mee Basah dan Mee Kering anjuran JPSM Sabah di sini pada Jumaat.

Kursus dihadiri 30 peserta terdiri daripad apenduduk setempat dari Kampung Tg. Batu, Tg.Batu Darat, Tg. Batu Laut, Tg. Batu Tengah, Tg. Batu Keramat, Felda Umas, Pasir Putih dan Taman Semarak. Kursus lima hari bermula pada 29 Januari dan berakhir Jumaat..

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JSPM)

Hamisa.

Sabah Azmi Salim serta tenaga pengajar Nancy Lim dari Syarikat Bakal Jadi Enterprise.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu menyaranka­n JPSM agar setiap kursus diadakan perlu disusuli dengan tindakan sewajarnya oleh peserta supaya mereka tidak lupa dengan ilmu diberikan.

“JPSM sejak ditubuhkan telah membuka lebih luas kumpulan sasaran mereka, yang bukan sahaja kepada belia tetapi kepada suri rumah dan ibu tunggal dengan tujuan murni membantu masyarakat meningkatk­an pendapatan isi rumah dan dapat menikmati kehidupan lebih baik.

“Adalah menjadi harapan kerajaan agar ilmu dan kemahiran yang dipelajari dimanfaatk­an dengan sebaiknya. Tiada apa yang dapat merubah kehidupan seseorang melainkan hanya dengan usaha sendiri tanpa mengenal erti penat dan lelah,” katanya.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan setiap kumpulan sasaran boleh memajukan diri mereka sendiri.

 ??  ?? bergambar kenangan bersama 30 perserta Kursus Mee Basah dan Mee Kering.
bergambar kenangan bersama 30 perserta Kursus Mee Basah dan Mee Kering.
 ??  ?? HAMISA (dua kiri) melihat mee yang telah dihasilkan oleh para peserta kursus.
HAMISA (dua kiri) melihat mee yang telah dihasilkan oleh para peserta kursus.
 ??  ?? PESERTA kursus menerima sijil penyertaan daripada
PESERTA kursus menerima sijil penyertaan daripada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia