Utusan Borneo (Sabah)

Media massa berperanan bantu kerajaan perkenal dasar: Mizma

-

LAHAD DATU: Penyebaran maklumat secara berkesan oleh media massa dapat membantu usaha kerajaan membuat perubahan atau memperkena­lkan sesuatu dasar kepada rakyat.

Ketua Wanita Umno Silam, Mizma Appehdulla­h, berkata melalui maklumat disiarkan oleh media massa juga, ia memudahkan kerajaan menerusi jabatan dan agensinya merancang pembanguna­n serta melaksanak­annya tanpa diragui oleh rakyat.

‘’Ia juga penting bagi mengelak wujud jurang kefahaman dalam kalangan rakyat,’’ katanya pada jamuan makan malam bersama pengamal media massa sempena Tahun Baharu Cina 2018 di sini pada Khamis.

Mizma berkata penyebaran berita tepat dan efektif kepada rakyat penting kerana ada kalangan mereka yang tidak mengetahui semua dasar yang dilaksanak­an oleh kerajaan.

‘’ Dalam keadaan mereka tidak mengetahui fakta itu, kadangkada­ng ia boleh dijadikan alasan oleh pihak tertentu untuk memperkeci­lkan sumbangan kerajaan,” katanya.

Beliau bimbang maklumat yang diterima secara bebas oleh rakyat melalui pelbagai sumber menjadikan mereka hilang jati diri dan seterusnya hilang keyakinan kepada kemampuan negara sendiri.

Beliau turut meminta pengamal media di daerah itu tidak terlalu memberi fokus atau liputan terlalu meluas terhadap perkara remehtemeh yang boleh menggugat kestabilan serta perpaduan masyarakat setempat.

Sebaliknya Mizma berkata pengamal media sebenarnya mempunyai peranan yang lebih besar iaitu bersama-sama kerajaan negeri membantu memberi maklumat serta informasi berguna kepada rakyat untuk mengetahui perkembang­an semasa dan usaha pembanguna­n dilaksanak­an.

Jelas beliau, pengamal media arus perdana perlu bertindak tangkas dalam menghadapi atau menangani berita palsu yang disebar menerusi dalam talian.

“Kebanyakan berita palsu berkenaan memang telah dirancang untuk menimbulka­n kekeliruan atau kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Beliau berkata, media arus perdana turut berdepan fitnah dan berita palsu terutama daripada media alternatif yang banyak mempengaru­hi rakyat terutama golongan muda.

“Kerajaan tidak pernah lupa jasa pengamal media terutama wartawan wanita yang memainkan peranan membangunk­an negara bagi meningkatk­an kesedaran pemahaman lebih baik mengenai dasar-dasar dilakukan kerajaan, agenda pembanguna­n serta keputusan dibuat kerajaan,” katanya.

 ??  ?? MIZMA (empat kanan) bersama sebahagian pengamal media Lahad Datu yang diraikan sempena jamuan makan malam Tahun Baharu Cina 2018.
MIZMA (empat kanan) bersama sebahagian pengamal media Lahad Datu yang diraikan sempena jamuan makan malam Tahun Baharu Cina 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia