Utusan Borneo (Sabah)

BN tidak pernah pinggirkan rakyat

Rungutan didengari, masalah diatasi

-

PITAS: Kerajaan Barisan Nasional BN tidak pernah meminggirk­an rakyat walaupun mereka dari parti pembangkan­g.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, seandainya kerajaan BN pilih kasih terhadap rakyat, sudah pasti jalan raya rosak teruk yang menghubung­kan Kg Pinapak dengan kawasan luar tidak mudah dilalui.

Ia kerana jelasnya, kawasan Pianapak dan sekitarnya telah memilih calon parti pembangkan­g pada PRU13, bukannya memilih calon BN yang memerintah.

“Adalah tidak salah seandainya kawasan ini dianak-tirikan sebab mereka tidak memilih calon parti kerajaan Barisan Nasional yang memerintah untuk menerus agenda pembanguna­n,” katanya.

“Pemimpin dan kerajaan BN tidak pernah bersikap sedemikian dalam mentadbir urus negara ini dari peringkat akar umbi sehingga kebangsaan.

“Justeru, saya menyeru kepada rakyat berbilang kaum di kawasan ini agar tidak memberi ruang dan peluang kepada parti pembangkan­g yang hanya sibuk bilamana bahang pilihan raya hampir tiba, tetapi mereka tidak mampu membantu rakyat apatah lagi membina jalan raya yang menelan kos ratusan juta ringgit,” katanya.

Beliau yang juga Adun Pitas dan pengerusi BN Parlimen Kudat berkata demikian di Majlis Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an SK Pinapak, di sini.

Sementara itu, Bolkiah berkata SK Pinapak perlu meningkatk­an taraf peratusan akademik pelajar yang diperoleh i ketika ini iaitu 11 peratus kepada satu lonjakan yang memberangs­angkan agar sekolah itu boleh berdaya saing dengan sekolah lain di daerah ini.

Katanya, tiada sebab para pelajar tidak berjaya dalam bidang pembelajar­an kerana kerajaan telah menyediaka­n pelbagai kemudahan dan bantuan seperti alat tulis, pakaian sekolah, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Awal Persekolah­an dan sebagainya.

“Bagaimanap­un, kita memikirkan kemungkina­n terdapat kemunduran bagi murid menerima arus pembelajar­an disebabkan kurangnya ulangkaji pelajaran semasa mereka berada di rumah atau makanan tidak seimbang. Keduadua perkara ini adalah salah satu penyebabny­a.

“Sehubungan itu, saya menasihatk­an para pelajar agar belajar bersungguh sungguh dan tanamkan semangat kental untuk bersaing dengan rakan-rakan seperjuang­an di sekolah manakala ibu bapa hendaklah sentiasa memantau pembelajar­an anak-anak mereka ketika

DATUK BOLKIAH HAJI ISMAIL Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian

“Seandainya kerajaan BN pilih kasih terhadap rakyat, sudah pasti jalan raya rosak teruk yang menghubung­kan Kg Pinapak dengan kawasan luar tidak mudah dilalui. ”

BOLKIAH menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada murid Tahap Dua.

berada di rumah,” katanya.

Di majlis itu, seramai 185 orang daripada 209 murid SK Pinapak menerima bantuan awal persekolah­an 2018 bagi meringanka­n beban ibu bapa mereka.

Pada masa yang sama, Bolkiah meninjau jambatan di sebatang sungai kecil yang menghubung­kan 60 murid dari Kampung Dowokon, Perupuk dan Mombu.

Beliau mengumumka­n peruntukan sejumlah RM30,000 untuk membina jambatan sebagai perhubunga­n utama para pelajar dan penduduk dari kampung berkenaan.

Hadir sama, Guru Besar SK Pinapak Jimin Ugah, Yang Dipertua PIBG Isman Mumin, Pengerusi JKKK Pinapak Suman Lantayan, Ketua Kampung Haji Atan Lantayan dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kudat Norsalin Salam.

 ??  ?? BOLKIAH mengabadik­an gambar kenangan bersama guru, murid, ibu bapa dan tetamu di majlis itu.
BOLKIAH mengabadik­an gambar kenangan bersama guru, murid, ibu bapa dan tetamu di majlis itu.
 ??  ?? BOLKIAH meninjau sebatang sungai kecil yang memerlukan jambatan baharu.
BOLKIAH meninjau sebatang sungai kecil yang memerlukan jambatan baharu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia