Utusan Borneo (Sabah)

300 hadiri Santai Empat Penjuru bersama pemimpin

-

KENINGAU: Seramai 300 peserta menghadiri Program Santai Empat Penjuru bersama pemimpin di Dewan Serbaguna Kampung Kauran, di sini baru-baru ini.

Program anjuran bersama Persatuan Pedalaman Bersatu (Pedanro), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Kalawon Akademi itu dirasmikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Annuar Ayub Aman.

Antara aktiviti dilaksana termasuk sukan rakyat, tarik tali, pertanding­an karaoke, kursus jelajah usahawan, cabutan bertua dan Santai Malam.

Pada majlis itu, Annuar turut melancarka­n logo Pedabro.

Antara lain objektif program adalah merapatkan hubungan silatulrah­im antara pemimpin dan masyarakat, memberi peluang kepada belia terlibat aktif dalam program kemasyarak­atan serta memberi peluang surirumah menceburi dan belajar dalam bidang perniagaan melalui kursus dianjurkan.

Annuar dalam ucapannya berharap agar rakyat terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang sedia ada.

“Jangan jadikan isu pemimpin dan calon sebagai penghalang untuk kita bersatu. Yang penting kita sama-sama bekerja untuk memastikan rakyat memilih pemimpin terbaik untuk mewakili mereka,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen terus membantu sebaik mungkin selagi diperlukan oleh masyarakat.

Hadir sama Pengerusi KRT Banjar, KAN Hasnah Atu, Pengerusi KRT Kauran, Jamil Ismail, Pengerusi Pedabro, Asman Atung dan Ketua Kampung Kauran, Kasmo Marmin.

 ??  ?? ANNUAR (tiga kiri) melancarka­n logo Pedabro. Turut kelihatan Asman (dua kanan), Kasmo (kiri) dan Jamil (dua kiri).
ANNUAR (tiga kiri) melancarka­n logo Pedabro. Turut kelihatan Asman (dua kanan), Kasmo (kiri) dan Jamil (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia