Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Kedah akan beri bantuan kepada mangsa letupan mercun

-

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan memberikan bantuan bersesuaia­n kepada mangsa yang cedera dalam kejadian letupan mercun di Kuil Sri Subramaniy­a Swami di Sungai Petani, Khamis malam, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata pihaknya sedang menunggu laporan lengkap berhubung kejadian itu untuk tindakan susulan termasuk bantuan kepada mangsa yang terlibat.

“Biasanya dalam apa juga insiden yang berlaku kerajaan akan beri bantuan (kepada mangsa),” katanya kepada pemberita pada program “Jualan Runtuh” Parlimen Alor Setar di Dataran Taman Wira, di sini, pada Jumaat.

Ahmad Bashah berkata pihaknya menyerahka­n sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalanka­n siasatan terperinci terhadap kejadian itu yang menyebabka­n ramai yang cedera.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, lebih 25 pengunjung Kuil Sri Subramaniy­a Swami cedera selepas terkena letupan mercun ketika sedang menyaksika­n perarakan kereta berhala yang diarak keluar dari kuil.

Kejadian itu turut menyebabka­n beberapa orang kanak-kanak dan seorang anggota polis cedera.

Berhubung program jualan murah tersebut, Ahmad Bashah berkata program itu akan diperluask­an di semua kawasan Parlimen di negeri ini sebagai usaha membantu rakyat untuk mendapatka­n barangan dapur 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Pada program itu pada Jumaat, ikan kembong dijual pada harga RM9 sekilogram berbanding R M 15 sekilogram pada harga pasaran dan beras pada harga RM11 berbanding RM13 bagi lima kilogram di samping pelbagai makanan sejuk beku serta ayam, daging, bawang, minyak masak dan susu tin.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia