Utusan Borneo (Sabah)

Tribunal aduan mampu jadi medium pesawah suarakan keluhan

-

AYER HITAM: Penubuhan Tribunal Aduan Pesawah, sekiranya direalisas­ikan kelak, mampu menjadi medium bagi membantu pesawah daripada menjadi mangsa keadaan dalam hal berkaitan pertanian seperti isu pemotongan gred padi yang terlalu tinggi oleh pengilang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Othman Aziz berkata dengan adanya tribunal berkenaan, ia mampu berfungsi sebagai sebuah badan bebas dengan prosedur operasi standard (SOP) yang tersendiri bagi para pesawah menyuaraka­n sebarang ketidakpua­san hati.

“Kalau ada tribunal ini pesawah boleh minta pampasan daripada pihak pengilang atau pembekal padi misalnya sekiranya aduan dibuat itu betul dan mengikut fakta ... barulah suara petani itu dapat didengari dan dibela,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Program Sumber Kekayaan Baru (Kelapa) di sini pada Jumaat.

Othman mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Sabtu lepas berhubung penubuhan tribunal berkenaan untuk para pesawah yang berhadapan masalah kadar pemotongan gred padi terlalu tinggi oleh pengilang hingga menjejaska­n pendapatan mereka.

Sambil menyokong penuh cadangan berkenaan, Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tribunal itu juga boleh diwujudkan bagi menyelesai­kan pelbagai permasalah­an seperti masalah pesawah yang mendapat bekalan benih padi yang tidak sah, kelewatan mendapatka­n bekalan baja, serta masalah kualiti input pertanian yang dibekalkan.

Sehubungan itu, katanya tribunal berkenaan dilihat mampu melindungi golongan pesawah dan mencari langkah penyelesai­an menangani pengilang yang mengambil kesempatan ke atas pesawah dalam isu pemutuan dan pemotongan gred padi berdasarka­n peraturan sedia ada. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia