Utusan Borneo (Sabah)

Amphicoach kini berada di Pelabuhan Klang

-

KUALA NERUS: Kenderaan bas amfibia (amphicoach) buatan Malta yang ditempah kerajaan negeri Terengganu telah sampai di Pelabuhan Klang beberapa hari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan ketibaan kenderaan dua alam itu diharap dapat menghentik­an semua ‘serangan’ yang dibuat terhadap kerajaan negeri selama ini.

“Buat masa sekarang, terdapat beberapa urusan perlu dibuat termasuk yang berkaitan dengan Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (Puspakom) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Kita juga perlu mendapatka­n kelulusan dari Pelabuhan Klang sebelum kenderaan dua alam itu dapat dihantar ke Terengganu dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan jalan baharu pesisir pantai yang menghubung­kan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata apabila amphicoach itu sampai ke Terengganu, ia akan menjadi pemangkin dan memberi impak yang sangat besar terhadap sektor pelanconga­n di negeri itu.

“Selain amphicoach, Program Transforma­si Bas Henti-henti – MyBAS juga akan melonjakka­n lagi sistem pengangkut­an untuk kemudahan pelancong di negeri ini.

“Amphicoach milik Terengganu ini sangat istimewa dan unik kerana ia adalah yang pertama seumpamany­a di rantau ini dan Malaysia amnya...sudah pasti ia akan menjadi tarikan terbaharu untuk menarik pelancong datang ke Terengganu,” katanya.

Sebelum ini, amphicoach sering menjadi isu terutama di kalangan pembangkan­g yang sering menjadikan kelewatan penghantar­annya untuk ‘menyerang’ pentadbira­n kerajaan negeri. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia