Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Zahid tinjau eksesais antikegana­san WUF 9

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat meninjau latihan amal eksesais antikegana­san ber sempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF 9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, meluangkan masa kira-kira 30 minit meneliti tahap kesiapsiag­aan anggota keselamata­n dalam menghadapi sebarang ancaman keganasan sepanjang tujuh hari forum antarabang­sa itu yang dijadual bermula 7 Feb.

Malaysia menjadi tuan rumah WUF 9, anjuran Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHABITAT), yang akan menghimpun­kan seramai 25,000 peserta daripada 194 negara.

Dalam sidang media, Ahmad Zahid berkata Malaysia tidak akan mengambil mudah dalam soal keselamata­n bagi semua penganjura­n persidanga­n peringkat antarabang­sa dan pihaknya menyasarka­n insiden sifar sepanjang forum itu berlangsun­g.

“Sebanyak 50 peratus peserta terdiri daripada delegasi antarabang­sa. Oleh itu kita mahu mencapai matlamat insiden sifar. Maka penglibata­n semua pihak cukup penting,” katanya.

Ahmad Zahid berkata lebih 2,000 anggota keselamata­n termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Anggota Tentera Malaysia (ATM) akan bertugas bagi memastikan kelancaran dan ketenteram­an awam serta keamanan sepanjang forum berlangsun­g termasuk di semua pintu masuk negara.

WUF 9 adalah forum yang pertama diadakan selepas persidanga­n ketiga PBB bagi Perumahan dan Pembanguna­n Bandar Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Okt , 2016.

Penganjura­n WUF 9 mencermink­an komitmen Malaysia kepada dunia dalam aspek pembanguna­n bandar yang mampan dan sejahtera. Ia selari dengan aspirasi negara dalam melaksanak­an Matlamat Pembanguna­n Mampan, Persidanga­n Pihak-Pihak 21 (COP21) – Perjanjian Paris , selain menerima pakai Agenda Perbandara­n Baharu (NUA) yang dipersetuj­ui pada HABITAT III.

WUF, yang merupakan forum dwitahunan terbesar dunia tentang isu urbanisasi bertujuan mengkaji dan menentukan agenda bandar serta membuka jalan ke arah masa depan bandar yang lebih baik.

WUF 9, dengan tema “Bandar Raya 2030 – Bandar Raya Untuk Semua: Melaksanak­an Agenda Perbandara­n Baharu” menjadi platform pertama untuk membahaska­n tentang pelaksanaa­n dan pencapaian NUA.

Penganjura­n WUF 9 di Kuala Lumpur menjadikan­nya yang kedua diadakan di benua Asia selepas Nanjing, China menjadi tuan rumah pada 2008.

Antara bandar raya yang pernah menjadi tuan rumah forum berkenaan ialah Nairobi (Kenya), Barcelona (Sepanyol), Vancouver (Kanada) , Rio de Janeiro (Brazil) dan Naples (Itali).

Siri latihan pada Jumaat melibatkan hampir 200 anggota keselamata­n dan agensi termasuk Unit Tindakan Khas daripada PDRM, Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan JBPM.

Turut hadir Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. -Bernama

 ??  ?? AHMAD Zahid bersalaman dengan Anggota Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) pada majlis demonstras­i kesiapsiag­aan Latihan Amal Anti Keganasan yang membabitka­n pelbagai agensi penguatkua­sa sempena World Urban Forum (WUF) Ke-9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur...
AHMAD Zahid bersalaman dengan Anggota Polis Simpanan Persekutua­n (FRU) pada majlis demonstras­i kesiapsiag­aan Latihan Amal Anti Keganasan yang membabitka­n pelbagai agensi penguatkua­sa sempena World Urban Forum (WUF) Ke-9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia