Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki maut tersepit

Mangsa terbunuh selepas 4WD dipandunya bertembung dengan lori kargo dalam nahas di KM46 Jalan Sibu-Bintulu

-

SIBU: Seorang lelaki terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kargo dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 46 Jalan SibuBintul­u petang Jumaat.

Ketua Polis Dalat Awang Arfian Awang Bujang berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Wong Lai Hook, 34, disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital di tempat kejadian, manakala pemandu lori kargo selamat.

“Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa bergerak dari arah Sibu manakala lori kargo datang dari arah Selangau.

“Mangsa maut serta-merta setelah tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Bomba Zon 4 Sibu PGKB 1 Misran Bisara ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya tersebut pada jam 2.55 petang.

Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menaiki jentera FRT dan ambulans EMRS diketuai komander operasi PBK II Majidi Tinggal dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

“Setibanya di tempat kejadian, kami mendapati dua kenderaan bertembung iaitu sebuah lori kargo dan kenderaan pacuan empat roda di mana pemandu kenderaan pacuan empat roda tersepit di tempat duduknya,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kemudian mengeluark­an mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Dalam kejadian berasingan, seorang remaja lelaki mengalami luka terbelah pada lehernya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Datu malam Rabu.

Menurut maklumat, mangsa, 18, menunggang motosikal menghala ke arah kampung dari pusat bandar apabila kemalangan dengan sebuah kereta yang keluar dari simpang sebuah hotel di situ.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awan (APM) Sibu yang dimaklumka­n pihak polis

AWANG ARFIAN AWANG BUJANG Ketua Polis Dalat

bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan dan rawatan kepada mangsa.

Mangsa diberi rawatan dan leher mangsa distabilka­n menggunaka­n kolar servikal oleh anggota APM sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan dimasukkan ke wad untuk pemeriksaa­n dan rawatan susulan.

“Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa bergerak dari arah Sibu manakala lori kargo datang dari arah Selangau. Mangsa maut serta-merta setelah tersepit di ” tempat duduk pemandu

 ??  ?? PASUKAN APM memberi rawatan awal kepada mangsa di lokasi kemalangan di Jalan Kampung Datu.
PASUKAN APM memberi rawatan awal kepada mangsa di lokasi kemalangan di Jalan Kampung Datu.
 ??  ?? (gambar atas) KEADAAN pertembung­an dua kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Sibu-Bintulu.
(gambar kanan) MAYAT mangsa dikeluarka­n anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis.
(gambar atas) KEADAAN pertembung­an dua kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 46 Jalan Sibu-Bintulu. (gambar kanan) MAYAT mangsa dikeluarka­n anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia