Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah dalam organisasi jejas kepercayaa­n rakyat: Tiong

-

SIBU: Gejala rasuah dalam sesebuah organisasi akan menyebabka­n imej, persepsi dan kepercayaa­n masyarakat terjejas, kata Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King.

Menurutnya, perbuatan itu diibaratka­n seperti kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga apabila berlaku dalam sesebuah organisasi.

“Tanamkanla­h prinsip dalam diri bahawa rasuah tidak akan berlaku sekiranya tiada pemberi atau penerima,” ujarnya ketika berucap mengetuai ahli majlis dan kakitangan MPS melafaz dan menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Khamis.

Majlis tersebut disaksikan Ketua Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sibu Jutim Nyagam.

Hadir sama Ketua Penolong Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Susan Loh, Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng, Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain dan Pemangku Setiausaha MPS Jong Thian Puk.

Sebelum melafazkan ikrar dan menandatan­gani IBR, ahli majlis dan kakitangan MPS turut mendengar taklimat integriti dan pencegahan rasuah yang disampaika­n Badli Shah Shamin daripada SPRM Cawangan Sibu.

Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong menyifatka­n rasuah seperti parasit yang merebak dan merosakkan sifat positif dan kualiti kerja.

Walaupun bermula dengan hanya sekecil perbuatan, ia mampu menimbulka­n impak negatif yang besar, katanya.

“Mengukuhka­n lagi integriti diri merupakan resipi penting untuk menghapusk­an amalan rasuah.

“Aspek integriti amat penting kerana ‘Integrity Is Doing The Right Thing Even When No One Is Watching’ seperti kata ahli akademik Britain C.S. Lewis,” tegasnya.

Sementara itu, beliau menyifatka­n IBR adalah usaha menyahut seruan kerajaan agar kerjasama dua agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dapat dilaksanak­an bagi memantapka­n lagi perkhidmat­an sektor kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia