Utusan Borneo (Sabah)

Program peningkata­n pengetahua­n JKKK wajar diperluas

-

SRI AMAN: Kerajaan negeri amat menyokong program pengukuhan keupayaan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) seperti Sijil Tadbir Urus Desa kerana ia adalah usaha strategik untuk membangunk­an potensi modal insan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia juga sejajar penekanan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) iaitu menyediaka­n sumber manusia untuk masa depan.

“Kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaa­n program ini kerana memberi nilai tambah kepada program latihan sedia ada yang dijalankan melalui Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak (MANRED) seperti Seminar Kepimpinan Akar Umbi.

“Pada tahun ini juga, enam siri seminar bagi ketua kaum dan ketua masyarakat akan dilaksanak­an bagi memastikan kepimpinan akar umbi di Sarawak benarbenar berwibawa sebagai ejen tranformas­i luar bandar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada penutupan rasmi Kursus Program Sijil Tadbir Urus Desa Zon Sarawak Fasa III Siri 1/2018 anjuran Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi agensi Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Hotel Seri Simanggang dekat sini, pada Khamis.

Menurutnya, kerajaan negeri turut menyokong usaha berterusan KKLW meningkatk­an kompetensi JKKK dengan memperkena­l dua program baharu iaitu Diploma Pembanguna­n Luar Bandar dan Diploma Eksekutif Pembanguna­n Luar Bandar yang ditawarkan UniKL dan UCAM.

“Kerajaan berharap pemimpin JKKK dan pemimpin pelapis dari negeri Sarawak akan mengambil peluang mengikuti program yang ditawarkan kedua-dua universiti ini,” jelasnya.

Uggah menambah, pucuk kepimpinan memberi kepercayaa­n tinggi kepada JKKK dalam menjalanka­n fungsi dan peranan sebagai ejen serta mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi.

“Selaku pemimpin yang paling dekat dengan rakyat, ahli JKKK bolehlah menjalanka­n gerakan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan berwibawa yang mampu menjana kepentinga­n rakyat terutama penduduk luar bandar,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lingga Simoi Peri, Pengarah INFRA Datuk Rubiyah Abdul Rahman serta yang lain.

Seramai 361 pengerusi JKKK dari sekitar daerah Sri Aman, Pantu, Lingga dan Pusa menyertai kursus berkenaan yang bermula Selasa lalu.

 ??  ?? PENGHULU Naggles Uning (tiga kiri) selaku penghulu kursus menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah sambil diperhatik­an (dari kanan) Simoi, Masir, Alexander dan Harden (dua kiri) serta yang lain.
PENGHULU Naggles Uning (tiga kiri) selaku penghulu kursus menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah sambil diperhatik­an (dari kanan) Simoi, Masir, Alexander dan Harden (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia