Utusan Borneo (Sabah)

Penyakit JE ragut satu nyawa tahun ini

-

KUCHING: Penyakit Japanese Encephalit­is (JE) di negeri ini mencatat satu kematian pertama bagi tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Jamilah Hashim mendedahka­n, bagi tempoh 1 hingga 30 Januari tahun ini, sebanyak dua kes dilaporkan di negeri ini iaitu di Lawas dan Kota Samarahan.

Daripada jumlah itu, jelasnya, satu kes melibatkan kematian pertama bagi tahun ini dicatatkan melibatkan kes di Kota Samarahan membabitka­n seorang pesakit lelaki, Salihin Hashim berusia 25 tahun dari Kampung Tanjung Bundong.

Mangsa menghembus nafas terakhir pada 19 Januari lalu selepas bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak disebabkan penyakit itu.

“Setakat ini terdapat dua kes JE dilaporkan di negeri ini iaitu melibatkan kawasan Lawas dan Kota Samarahan yang mana satu kes kematian yang pertama bagi 2018.

“Manakala bagi tahun 2017 terdapat satu kes kematian dilaporkan, namun bagi seluruh Sarawak, terdapat penurunan kes JE dicatatkan bagi tempoh tiga tahun iaitu daripada 20 kes (2015) kepada 13 kes (2016) dan 10 kes (2017),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan menerusi sistem pesanan ringkas ketika diminta mengulas mengenai status keseluruha­n kes JE di negeri ini di sini pada Khamis.

Dr Jamilah menjelaska­n, untuk status kawasan liputan jangkitan JE di Taman Malihah, Matang, yang dilaporkan pada akhir 2017 lepas, aktiviti suntikan vaksin bagi pencegahan di kalangan komuniti masih lagi diteruskan oleh JKNS.

Malah tambahnya, aktiviti yang sama turut dilaksanak­an terhadap komuniti di kawasan liputan Tanjung Bundong, Kota Samarahan (bagi kes dilaporkan pada awal Januari 2018).

“Manakala bagi kes baharu jangkitan JE di Long Sukang, Lawas, aktiviti kajian populasi sedang giat dilaksanak­an untuk mengenal pasti penduduk yang layak untuk suntikan vaksin JE,” jelasnya.

Mengulas lanjut tentang langkah kawalan dan pencegahan dalam menangani JE di Sarawak, Dr Jamilah berkata JKNS akan melaksanak­an aktiviti berterusan melalui kerjasama dengan masyarakat dalam program imunisasi Kementeria­n Kesihatan Malaysia iaitu suntikan vaksin JE bagi memberi perlindung­an sepenuhnya kepada kanak-kanak daripada jangkitan itu.

Selain itu tegasnya, JKNS turut meningkatk­an aktiviti pendidikan kesihatan di kalangan masyarakat tentang perlunya pelindunga­n diri daripada gigitan nyamuk seperti penggunaan bahan penghalau nyamuk termasuk memakai baju lengan panjang dan seluar panjang terutama apabila menjalanka­n aktiviti di luar rumah serta tidur dalam kelambu atau memasang jejaring nyamuk/serangga pada tingkap.

“Semburan aerosol boleh digunakan untuk membunuh nyamuk dewasa yang berada di dalam rumah dan apa yang penting masyarakat juga perlu memastikan kawasan persekitar­an rumah mereka sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

“Kita juga mengadakan penyembura­n kabus (fogging) di kawasan terbabit kes serta penghapusa­n jentik jentik larva nyamuk (larvicidin­g) dalam kawasan tersebut dengan membuat aliran bagi parit tersumbat, menutup lopak air dan membubuh racun serangga dalam takungan air tersebut,” tambahnya.

Pada masa sama katanya, kerjasama dengan masyarakat bagi kajian populasi kanak-kanak di kawasan kes untuk mengenal pasti mereka yang layak mendapat suntikan dan disusuli dengan pelaksanaa­n aktiviti pemberian suntikan kepada yang layak.

Menurutnya, pemantauan rapi secara berterusan melalui pelaporan kes JE dari semua klinik dan hospital kerajaan termasuk swasta.

Justeru, beliau menasihati individu yang mengalami simptom JE seperti demam, sakit kepala, ke tidak selesa aan badan (malaise), kecelaruan, sawan dan kelumpuhan adalah dinasihati segera mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital berhampira­n.

“Pengesanan dan rawatan awal dapat menyelamat­kan nyawa dan mencegah komplikasi JE,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia