Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa ketujuh kes rabies masih kritikal

Pesakit menerima rawatan, ditempatka­n di Wad Pengasinga­n Penyakit Berjangkit HUS

-

KUCHING: Kes ketujuh penyakit rabies, seorang lelaki berusia 59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang yang dimasukkan ke wad Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 25 Januari 2018 masih dalam keadaan kritikal.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Sarawak (Zon Selatan) di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Beliau berkata mangsa ketujuh kini sedang menerima rawatan dan ditempatka­n di Wad Pengasinga­n Penyakit Berjangkit (IDU), HUS.

Mangsa dimasukkan ke HUS selepas menunjukka­n simptom jangkitan rabies pada 25 Januari 2018. Mangsa digigit anjing pada November 2017 dan menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta di sini. Dikatakan luka gigitan mangsa sembuh setelah menerima rawatan di klinik kesihatan swasta berkenaan namun bermula Januari 2018, dia mula menunjukka­n simpton rabies dan dibawa ke sebuah hospital swasta di sini sebelum dirujuk ke HUS.

“Kes keenam, seorang budak berusia tujuh tahun dari Kampung Kuala, Serian pula telah dibenarkan pulang pada 31 Januari 2018 tetapi masih terlantar sakit, dalam keadaan tidak bergerak serta memerlukan bantuan orang lain dalam pengurusan diri.

“Dia juga tidak dapat bernafas dengan sempurna dan terpaksa bergantung kepada sokongan bantuan pernafasan dalam jangka lama, setelah menerima rawatan dan berada di HUS selama enam bulan,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Dr Hilmi berkata setakat ini hanya sebuah klinik swasta di negeri ini diberi surat amaran oleh KKM kerana tidak mematuhi prosedur pengurusan gigitan anjing yang telah ditetapkan.

“Ini berkaitan kes mangsa ketujuh...KKM telah menghantar garis panduan pengurusan kes gigitan anjing kepada semua klinik dan hospital swasta di Sarawak pada September 2017, kemudian tindakan susulan dengan menganjurk­an taklimat bersama doktor-doktor swasta.

“Awal Januari ini, kita menulis lagi notis peringatan tetapi ia masih berlaku. Jadi satu surat amaran telah dikeluarka­n untuk satu klinik swasta di Sarawak setakat ini bagi mengingatk­an klinik berkenaan mengenai prosedur pengurusan kes gigitan anjing.

“Klinik atau hospital swasta yang menerima kes manusia digigit anjing mesti melapor dan merujuk kepada HUS untuk menyelamat­kan nyawa,” tegasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata sejak 1 Julai 2017 hingga 31 Januari 2018, terdapat 29 lokaliti positif rabies haiwan di dalam lima bahagian di Sarawak iaitu Serian, Samarahan, Sri Aman, Kuching dan Sarikei.

Beliau memberitah­u, ‘Active Case Detection’ (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanak­an di kawasan wabak rabies di Sarawak melibatkan siasatan di 20,565 rumah dengan 79,620 orang ditemu duga bagi sejarah gigitan anjing.

“Sebanyak 6,300 kes gigitan haiwan telah dikesan di kawasan wabak di Sarawak dan seramai 2,512 telah diberi suntikan vaksin anti-rabies manusia sebagai kesiapsiag­aan,” ujarnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Datuk Azman Abu Bakar dan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim.

“Kes keenam, seorang budak berusia tujuh tahun dari Kampung Kuala, Serian pula telah dibenarkan pulang pada 31 Januari 2018 tetapi masih terlantar sakit, dalam keadaan tidak bergerak serta memerlukan bantuan orang diri.” lain dalam pengurusan DATUK SERI DR HILMI YAHAYA Timbalan Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia