Utusan Borneo (Sabah)

UCTS bakal dinaik taraf universiti penuh

-

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dalam proses mendapat kelulusan untuk dinaik taraf sebagai universiti penuh.

Pengerusi Lembaga Pengarah UCTS Dato Sri Wong Soon Koh yakin UCTS dapat mencapai taraf tersebut dengan pencapaian yang membanggak­an.

“Sebagai institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri, UCTS mencapai kejayaan membanggak­an di samping menjalin kerjasama dengan institusi di seluruh dunia.

“Mewakili lembaga pengarah UCTS, kita berterima kasih kepada Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri atas kepimpinan­nya dan pasukan pengurusan yang bekerja keras sepanjang lima tahun penubuhan UCTS,” jelasnya selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Naib Canselor UCTS di Bilik Senat UCTS, pada Khamis.

Menurut Wong, UCTS kini menawarkan 22 program seiring visi untuk melahirkan graduan berkualiti, berkemahir­an tinggi dan cekap serta mampu menghadapi cabaran perubahan zaman.

“Ditubuhkan pada 2013, UCTS dahulunya mempunyai 50 pelajar tetapi kini meningkat kepada 1,800 pelajar.

“Kita berharap lebih ramai pelajar akan melanjutka­n pelajaran mereka di UCTS,” ujarnya.

Wong berkata, UCTS juga telah menubuhkan pusat penyelidik­an dan fasiliti untuk membantu menyokong sektor ekonomi di Sarawak ke arah ekonomi digital.

“UCTS melakar sejarah tersendiri dengan memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan Chang Jung Christian University serta menubuhkan jabatan penyelidik­an dalam kajian dron.

“Kita juga menubuhkan pusat teknologi kayu bagi menjalanka­n projek penyelidik­an dan inovasi berkaitan industri perkayuan.

“Ini dilakukan dalam perkongsia­n bersama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA),” jelasnya.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang berkata, UCTS juga melancarka­n institut yang memfokuska­n kepada teknologi tanah gambut.

“Institut kajian ini diberi nama Peat Technology Research Institute (PETRI) menyediaka­n penyelidik­an teknikal dan saintifik untuk pembanguna­n mapan di kawasan tanah gambut di negeri ini.

“Dengan kesemua pusat penyelidik­an, fasiliti dan program pengajian, saya yakin UCTS dapat memainkan peranan penting untuk merealisas­ikan visi ketua menteri untuk mentransfo­rmasikan ekonomi Sarawak yang berdaya saing,” katanya.

Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid mengambil alih tugas sebagai Naib Canselor baharu UCTS menggantik­an Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri yang berkhidmat sejak penubuhan UCTS.

 ??  ?? ABDUL Hakim (kanan) menyerahka­n dokumen tugas kepada Khairuddin (kiri) sambil disaksikan Wong (tengah).
ABDUL Hakim (kanan) menyerahka­n dokumen tugas kepada Khairuddin (kiri) sambil disaksikan Wong (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia