Utusan Borneo (Sabah)

Resolusi Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak diterima

-

KUCHING: Kerajaan negeri bersetuju mengkaji semua Resolusi Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak, yang akan dibawa dalam mesyuarat Jawatankua­sa Bertindak Pemakai Menua dan Pulau Galau untuk diteliti serta dipertimba­ngkan.

Pengerusi Badan Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak (Baham) Datu Dr Sanib Said berkata ia susulan daripada pertemuan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada Rabu lepas.

“Beliau( Abang J oh ari) sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai pengertian serta definisi sendiri dan perbezaan ini akan diambil kira dalam sebarang keputusan yang berkaitan.

“Kami ingin menegaskan bahawa Hak Adat Bumiputera (NCR) bukan sekadar tanah, semua Bumiputera di Sarawak memiliki hak ini seperti yang termeterai dalam Perlembaga­an Negeri dan Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia, sama juga dengan warga Bumiputera lain,” katanya.

Tambah beliau, dengan demikian diharapkan semua penduduk negeri ini khususnya dan Malaysia amnya mesti menghormat­i hak Melayu Sarawak sebagai Bumiputera.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Resolusi Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak yang dihadiri Timbalan Yang Dipertua Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) Syed Hossin Wan Hamit di sini, pada Khamis.

Sanib yang juga yang dipertua IGMS berkata tidak dinafikan semua etnik Bumiputera Sarawak mempunyai hak NCR masing-masing begitu juga masyarakat Melayu Sarawak.

“Saya tahu selepas penganjura­n seminar Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak anjuran IGMS, kami menerima maklum balas sama ada yang baik mahupun sebaliknya.

“Sama seperti apa yang saya selalu nyatakan sebelum ini bahawa setiap etnik Bumiputera Sarawak ada haknya dalam hal tanah, begitu juga Melayu Sarawak dan kami tidak menyalahka­n mana-mana kumpulan untuk tuntutan hak mereka,” tegasnya.

Beliau memberitah­u, hasil pertemuan dengan Abang Johari juga, badan berkenaan berhajat tidak meneruskan penetapan tempoh 14 hari kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan lanjutan.

Tambahnya beliau telah diundang untuk berbincang dengan ketua menteri yang turut dihadiri dua Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Setelah berbincang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyatakan beliau dan kerajaan negeri sentiasa bersedia mempertimb­angkan dan mendengar sebarang isu berkaitan hak adat serta kebajikan penduduk Melayu Sarawak,” tegasnya.

IGMS pada seminar mereka sebelum ini menggarisk­an 11 resolusi untuk diambil tindakan termasuk menubuhkan Pasukan Khas Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak dalam tempoh 14 hari dengan mengambil kira perincian pasukan itu mestilah segera bermesyuar­at.

“Dengan ini Baham menaruh kepercayaa­n pada kebijaksan­aan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan kerajaan negeri untuk mempertimb­angkan semua resolusi Seminar Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) berkata Resolusi Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak adalah tidak sah.

Ketua Pemuda PBDSB Rapelson Richard Hamit menerusi kenyataan media berkata ia bercanggah dengan resolusi dicapai semasa Persidanga­n Pemakai Menoa dan Pulau Galau dihadiri pemimpin masyarakat barubaru ini.

“Dilaporkan badan berkenaan mencari definisi tanah NCR mereka dan kerajaan negeri digesa untuk membentuk pasukan petugas dalam tempoh 14 hari untuk menghasilk­an takrif tepat mengenai hak kawasan (territoria­l domain) yang berkaitan dengan Tanah Hak Adat Orang Melayu Sarawak.

“Tiada yang salah bagi orang Melayu untuk mendapatka­n definisi NCR mereka, tetapi kita mesti berjaga-jaga dan mendapatka­n Pemakai Menua dan Pulau Galau kita secepat mungkin,” kata Rapelson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia