Utusan Borneo (Sabah)

Saberkas terus bela nasib belia di Sarawak

-

KUCHING: Agenda Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) adalah untuk memastikan nasib belia di Sarawak terus dibela.

Naib Presiden Saberkas merangkap Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pertubuhan itu bukanlah sekadar NGO tetapi adalah satu badan yang diiktiraf kerajaan negeri yang khusus untuk golongan belia.

“Setiap ahli Saberkas adalah pemimpin dan sebagai pemimpin kita perlu menghayati dan berusaha memperkasa­kan golongan belia yang berketramp­ilan dan dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesra S a berkas di sebuah hotel terkemuka di sini malam Rabu.

“Kita tidak dapat menafikan yang masalah sosial melibatkan golongan belia mulai menular ke semua kawasan termasuk kawasan kita sendiri namun apa yang boleh kita buat adalah dengan berusaha meminimumk­annya atau terus menyifarka­n,” tambahnya.

Pada masa sama Dr Abdul Rahman meminta setiap ahli Saberkas memperbany­akkan program bersasar yang melibatkan penyertaan anak muda.

“Ini kerana penglibatk­an belia penting agar masa mereka yang terluang diisikan dengan perkara berfaedah,” tegasnya.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaik­an peruntukan aktiviti berjumlah RM19,000 kepada 19 unit Saberkas dari Pantai Damai.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah isterinya Siti Syurgayah Ahmad Zaiden dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? DR Abdul Rahman berucap pada Majlis Makan Malam Mesra Saberkas malam Rabu.
DR Abdul Rahman berucap pada Majlis Makan Malam Mesra Saberkas malam Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia