Utusan Borneo (Sabah)

Guru lapor polis disamun ‘ustaz’

-

KUCHING: Seorang guru membuat laporan polis mendakwa dirinya disamun selepas diperdaya oleh seorang lelaki berperwata­kan seperti seorang ustaz yang muncul di hadapan rumah sewanya di Taman Matang Jaya di sini, pada Rabu.

Menurut sumber, lelaki berusia 28 tahun itu semasa kejadian hendak pergi ke tempat kerjanya sekitar jam 6.45 pagi apabila didatangi suspek yang berkopiah dan memakai kurta berwarna putih sambil memegang beg.

Difahamkan, suspek kemudian meminta mangsa menghantar­nya pulang ke rumahnya di Kampung Semariang.

“Mangsa bersetuju menghantar­nya dengan menaiki motosikal dan sebaik tiba di Kampung Semerah Padi, suspek telah menawarkan diri untuk menunggang motosikal dan tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa kemudian memberhent­ikan motosikal dan mengizinka­n suspek (menunggang).

“Suspek kemudian membawa mangsa ke satu kawasan perkuburan Islam di Jalan Sultan Tengah dan mengeluark­an sebilah parang dari begnya sambil mengarahka­n mangsa menyerahka­n wang dan barang berharga kepadanya,” kata sumber.

Mangsa yang ketakutan kemudian menyerahka­n wang tunai serta beg yang berisi komputer riba, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke kawasan Bandar Baru Samariang dan kemudian terus melarikan diri menggunaka­n motosikal mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian terus membuat laporan di balai berhampira­n dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia