Utusan Borneo (Sabah)

Promosi perkakasan Bosch di Ka Khing Trading sehingga Rabu

-

KUCHING: Ka Khing Trading Sdn Bhd sedang mengadakan promosi hebat perkakasan Bosch bermula semalam sehingga 7 Februari ini.

Ia diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina dan bukan sahaja pelanggan menikmati harga menarik setiap perkakasan tetapi juga berpeluang mendapat hadiah percuma ketika membeli peralatan Bosch di sini.

Premisnya terletak di Batu, 10 Jalan Penrissen tidak jauh dari Pitcher Plant Garden, Kota Padawan dan beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang sepanjang tempoh promosi diadakan.

Ka Khing Trading menawarkan jualan semua jenis perkakasan keluaran Bosch serta mesin kimpalan I-Weld selain demonstras­i produk yang akan ditunjukka­n kepada pelanggan.

Bosch terkenal dan mempunyai sejarah selama 132 tahun dengan mengeluark­an produk berkualiti tinggi, servis perkhidmat­an yang baik serta menyakinka­n.

Teknologi diperbahar­ui Bosch menggunaka­n inovasi terkini dan memudahkan kehidupan harian kita.

Peralatan ‘Do It Yourself’ (DIY) Bosch boleh didapati dalam bentuk gerudi pasak dengan operasi pemutar skru, gerudi yang menggunaka­n kuasa bateri lithium-ion.

Bagi mengendali­kan taman atau halaman rumah, Ka Khing Trading menawarkan mesin pemotong rumput, pembersih bertekanan tinggi dan banyak lagi.

Pengguna profesiona­l Bosch ditawarkan pelbagai jenis tukul, gergaji, alat pengaras optik pengukur sudut, alat pengukur jarak berlaser dan banyak lagi perkakasan boleh didapati di sini.

Selain itu, mesin kimpalan IGBT (diberikan rod percuma kimpalan), cakera pemotong skil, pemegang elektrod dan kabel bumi antara lain yang turut ditawarkan pada harga promosi di sini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 082-617525 atau 013-8018332 atau datang terus ke premis Ka Khing Trading di Batu 10, Kota Padawam.

 ??  ??
 ??  ?? KA Khing Trading Sdn Bhd terletak di Batu, 10 Jalan Penrissen tidak jauh dari Pitcher Plant Garden, Kota Padawan.
KA Khing Trading Sdn Bhd terletak di Batu, 10 Jalan Penrissen tidak jauh dari Pitcher Plant Garden, Kota Padawan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada perkakasan Bosch dan IWeld yang ditawarkan pada harga promosi sehingga Rabu depan.
SEBAHAGIAN daripada perkakasan Bosch dan IWeld yang ditawarkan pada harga promosi sehingga Rabu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia