Utusan Borneo (Sabah)

DBKK terima Anugerah Inovasi Geo

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima sijil Anugerah Geo Inovasi 2017 kerana membangunk­an sistem Aplikasi Penilaian bersepadu menggunaka­n teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS).

Anugerah berkenaan diterima oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai daripada Ketua Pegawai Esri Malaysia, C S Tan, di Dewan Bandaraya, di sini pada Khamis.

Yeo megucapkan terima kasih kepada kepada Esri Malaysia dan berkata, anugerah itu pasti akan memberi inspirasi kepada DBKK untuk meningkatk­an kecekapan perkhidmat­annya untuk mencapai visinya menjadi bandar yang bersih, hijau dan boleh didiami.

Yeo menerima plak anugerah daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Hj. Hamim bin Samuri, di Kuala Lumpur pada November lepas.

Projek Jabatan Penilaian DBKK, GeoVal diberikan Anugerah Inovasi Geo daripada Kerajaan Tempatan dan organisasi swasta yang dicalonkan di Malaysia oleh Esri Malaysia.

GeoVal adalah sistem Aplikasi Penilaian bersepadu yang dibangunka­n menggunaka­n teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS).

CS Tan mengucapka­n tahniah kepada Yeo dan Jabatan Penilaian DBKK yang telah bekerja tanpa henti untuk membangunk­an sistem itu dan untuk mencapai apa sahaja yang telah dilakukan.

Katanya, anugerah itu meraikan kejayaan organisasi tempatan yang secara kreatif menggunaka­n teknologi geospatial dan telah membuat sumbangan penilaian dalam meningkatk­an dan menyelesai­kan cabaran sosial, ekonomi, perniagaan dan persekitar­an.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penilaian Jabatan DBKK, Lifred Wong; Pengarah Jabatan Aduan dan Perhubunga­n Awam, Syron Tunggolou; Pengarah Jualan Esri Malaysia, Eric Yee, Pengurus Jualan Saluran, Edmond Chi ang dan Pengurus Kanan Akaun Perusahaan Marylyn J Radius.

 ??  ?? YEO (tiga dari kanan) menerima sijil Anugerah Geo Inovasi 2017 daripada C S Tan. Turut kelihatan Lifred (empat dari kiri) dan Syron (dua dari kiri).
YEO (tiga dari kanan) menerima sijil Anugerah Geo Inovasi 2017 daripada C S Tan. Turut kelihatan Lifred (empat dari kiri) dan Syron (dua dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia