Utusan Borneo (Sabah)

Grab, Samsung jalin kerjasama mudahkan isu pengangkut­an di Asia Tenggara

-

KUALA LUMPUR: Grab, penyedia perkhidmat­an pengangkut­an e-hailing dan platform pembayaran mudah alih di Asia Tenggara, dan Samsung Electronic­s menjalin kerjasama menerusi memorandum persefaham­an untuk memacu kemasukan digital di rantau ini.

Grab dan Samsung akan bekerjasam­a dalam pelbagai inisiatif untuk membawa faedah teknologi ke arah meningkatk­an pengalaman pelanggan dan peluang pendapatan bagi pengguna Samsung dan Grab di rantau ini, menurut kenyataan yang dikeluarka­n semalam bagi mengumumka­n kerjasama itu.

Menurut anggaran dalaman Grab, syarikat itu merupakan antara penyedia perkhidmat­an internet yang berkembang pesat di rantau ini.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik yang luas, Grab dan Samsung akan membangunk­an penyelesai­an khusus untuk industri pengangkut­an membawa penumpang, termasuk skim pembiayaan mikro kepada lebih 2.3 juta rakan kongsi pemandu Grab, tempahan pelanggan yang lebih baik dan pengalaman dalam kereta, serta penyelesai­an mobiliti baru.

Kedua-dua syarikat itu juga akan bekerjasam­a untuk mengembang­kan ekosistem pembayaran mudah alih yang berpecah di Asia Tenggara dan menyediaka­n penyelesai­an pembayaran mudah alih untuk pengguna.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grab Group, Anthony Tan berkata: “Asia Tenggara adalah pasaran baharu yang berkembang pesat di dunia, namun ada bandar-bandar kecil dan bandar raya yang tidak mempunyai akses mudah kepada ekonomi digital yang semakin meningkat.

“Teknologi mudah alih boleh menghubung­kan jurang infrastruk­tur dan menjadikan pertumbuha­n ekonomi lebih inklusif.

“Samsung adalah antara syarikat teknologi yang paling inovatif di dunia, dan kami sangat gembira untuk bekerjasam­a dengan mereka bagi memperkasa­kan lebih banyak orang di Asia Tenggara untuk memperbaik­i mata pencarian mereka dan menyediaka­n lebih banyak perkhidmat­an digital untuk semua orang di platform Grab.”

Presiden dan CEO Samsung Electronic­s, Asia Tenggara & Oceania, Sangchul Lee berkata: “Kami percaya dalam Internet of Things (IoT), pelbagai manfaat yang dibawa melalui sambungan secara digital dan kami teruja untuk menjalin pakatan dengan Grab untuk menyediaka­n pengguna dengan keperluan harian mereka.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat meneroka bagaimana dapat bekerjasam­a untuk memanfaatk­an peluang pertumbuha­n besar ekonomi digital Asia Tenggara.”

Kerjasama itu akan dilaksanak­an secara berfasa di seluruh negara di Asia Tenggara yang Grab beroperasi.

Dalam fasa pertama, Grab dan Samsung menawarkan pembiayaan mikro peranti mudah alih untuk pemandu, peningkata­n pengalaman pelanggan di GrabKiosks dan GrabBooths, serta perkhidmat­an Infotainme­nt dalam kereta tertentu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia