Utusan Borneo (Sabah)

Anak sulung Castro bunuh diri

Selepas beberapa bulan jalani rawatan akibat kemurungan mendalam

-

HAVANA: Anak lelaki sulung mendiang presiden Cuba Fidel Castro telah membunuh diri kelmarin, media kerajaan melaporkan. Beliau berusia 68 tahun.

“Fidel Castro Diaz-Balart, yang telah dirawat oleh sekumpulan doktor selama beberapa bulan disebabkan oleh kemurungan mendalam, mencabut nyawa sendiri pada pagi tadi,” akhbar rasmi Cuba Granma melaporkan.

‘Fidelito’ – nama timangan yang dikenali ramai di negara pulau Caribbean itu – pada mulanya dimasukkan ke hospital bagi keadaannya dan kemudian meneruskan rawatan susulan sebagai pesakit luar.

Dilahirkan pada 1 September 1949, beliau adalah anak yang dihasilkan daripada perkahwina­n pertama pejuang revolusi Castro dengan Mirta DiazBalart.

Fidelito sangat popular di Cuba walaupun beliau tidak pernah memegang jawatan politik. Beliau memiliki penampilan yang sangat mirip dengan bapanya: kedua-dua mereka tinggi dan mempunyai jambang tebal.

Ramai warga Cuba mengingati­nya sebagai seorang budak kecil yang memakai seragam tentera kusam berwarna hijau kekuningan, mengiringi bapanya pada 8 Januari 1959 ketika beliau memasuki Havana dengan kemenangan selepas revolusi.

Fidelito sentiasa setia kepada ideal komunis yang dipegang oleh bapanya.

Kematianny­a berlaku 15 bulan selepas kematian bapanya pada usia 90 tahun.

Di acara pengebumia­n itu, Fidelito kelihatan berdiri di sebelah lima adik tirinya yang dilahirkan oleh bapanya dengan seorang wanita lain, Dalia Soto del Valle.

Fidel Jr, seorang saintis yang belajar fizik di bekas negara Soviet Union, membantu memulakan pembanguna­n program tenaga nuklear di negara yang diperintah oleh golongan komunis itu.

Pada waktu kematianny­a, beliau berkhidmat sebagai penasihat saintifik kepada kerajaan Cuba dan merupakan naib presiden di Akademi Sains di negaranya.

Dalam penampilan terakhirny­a di khalayak ramai, Fidelito memberi syarahan mengenai nanosains, yang menjadi kepakarann­ya.

Pengebumia­n akan diatur oleh keluargany­a, kata media kerajaan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail Februari 2002 menunjukka­n Fidelito di belakang Castro.
— Gambar AFP GAMBAR fail Februari 2002 menunjukka­n Fidelito di belakang Castro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia